Kemaskini iOS daripada Apple boleh dimuat turun menerusi dua kaedah iaitu Over the Air (OTA) dan iTunes. Lazimnya, kebanyakan pengguna akan menggunakan kaedah OTA kerana lebih mudah. Sedangkan, kemaskini melalui iTunes mempunyai kelebihan tertentu berbanding kaedah OTA yang tidak akan dibincangkan di dalam MYVICT Cast kali ini (kemungkinan satu MYVICT Cast akan dibuat untuk topik OTA dan iTunes). Bagi pengguna OKU penglihatan pula, salah satu lagi faktor utama mereka memilih kaedah OTA adalah disebabkan oleh perisian iTunes itu sendiri. Keluhan yang kami sering dengar tentang iTunes di platform Windows mengatakan bahawa iTunes kurang mesra pengguna dengan perisian pembaca skrin. Tidak kisah pengguna Jaws atau NVDA, kedua-dua meluahkan permasalahan yang serupa. Mereka mengatakan antaramuka iTunes sukar difahami dan sukar untuk navigate. Justeru itu, kami menghasilkan audio tutorial kali ini dengan harapan dapat membantu mereka yang menghadapi kesukaran melakukan update iOS dengan iTunes. Selamat mendengar dan semoga bermanfaat.

P/S: Mohon maaf atas gangguan bunyi dalam rakaman.

Kredit Muzik: The Rains of Castamere daripada Game of Thrones.