Yabes lebih dimuliakan dari pada saudara-saudaranya; nama Yabes itu diberi ibunya kepadanya sebab katanya: "Aku telah melahirkan dia dengan kesakitan." Yabes berseru kepada Allah Israel, katanya: "Kiranya Engkau memberkati aku berlimpah-limpah dan memperluas daerahku, dan kiranya tangan-Mu menyertai aku, dan melindungi aku dari pada malapetaka, sehingga kesakitan tidak menimpa aku!" Dan Allah mengabulkan permintaannya itu. (1 Tawarikh 4:9-10)

Doa Yabes adalah kisah yang sering diceritakan. Ia telah memberikan banyak dorongan dan harapan kepada ramai yang berjuang untuk mengatasi keadaan yang sukar dalam hidup. Ibu menamakannya Yabes berdasarkan pengalaman peribadi semasa melahirkan dia. Mungkin ibu mengalami kesukaran ketika kelahiran Yabes, atau mengalami kehamilan yang menyedihkan. Apa pun sebabnya, dia dinamai sesuai dengan masa lalunya. Hidupnya, dan kerana itu masa depannya ditentukan oleh masa lalunya.

Adakah itu kelihatan adil? Memang tidak adil dan oleh itu, Yabes tidak berpuas hati. Dia tahu dia diciptakan untuk sesuatu yang lebih daripada itu. Dia tidak ingin seluruh hidupnya ditentukan oleh masa lalu yang dia tidak dapat kawal, masa lalu yang dia tidak boleh ubah. Kita juga tahu bahawa dia adalah orang yang berakhlak, orang yang boleh dipercayai. Sewaktu dia mencari sesuatu yang lebih dalam mengenai hidupnya, dia tidak menukar sifatnya yang berakhlak. Dia tidak berkompromi. Maka dia menikmati karunia Tuhan. Dia meminta berkat dari Tuhan, memperbesar wilayahnya, kemampuannya ditingkatkan, dan dia meminta hadirat Tuhan untuk bersamanya, dan melindunginya dari kejahatan, dan agar dia tidak akan melukakan orang lain. Dia inginkan destini yang diberikan oleh Tuhan, bukan apa yang ditentukan oleh namanya!

Anda mungkin berada dalam keadaan di mana anda tahu bahawa anda dicipta untuk sesuatu yang lebih lagi. Terdapat banyak lagi yang ada untuk anda, bahawa Tuhan telah memberikan anda janji-janji yang belum terlaksana. Pegang janji-janji itu. Jangan mempertaruhkan sifat berakhlak anda. Jangan berkompromi nilai Kerajaan Tuhan. Mintalah dari Tuhan destini-Nya untuk anda. Bertarunglah untuk destini anda dalam doa. Jangan berserah mengikut acuan dunia bagi hidup anda, kerana Dia akan memberikan karunia-Nya kepada anda, dan "mengabulkan permintaan anda."

Pada tahun yang akan datang ini, mintalah impian dari Tuhan mengenai destini anda. Berani untuk memiliki impian-Nya!

Fokus Doa:

  1. Jika anda percaya hidup anda sepatutnya lebih daripada keadaan anda sekarang, berdoalah untuk melawan kerja-kerja kegelapan dan buah dosa, kesalahan yang menghalang anda. Bertanggungjawab atas kesalahan anda dan jangan salahkan orang lain.
  2. Berdoalah untuk kekuatan, kebijaksanaan dan rahmat untuk menolak tekanan dari dunia, keinginan daging dan iblis dalam hidup anda dan di sekeliling kamu hari ini. Lawan mereka dalam doa peperangan!