Apakah kesudahan konflik yang mengorbankan lebih 24,000 nyawa rakyat Palestin dan 60% kemudahan awam di Gaza? Diskusi dan analisis perang Israel – Palestin yang sudah memasuki 100 hari seterusnya dalam AWANI Global malam ini.
Sejauhmana persetujuan dan penerimaan dunia terhadap peralihan daripada bahan api fosil secara adil dan teratur dalam Perjanjian COP28? Bagaimana percaturan Malaysia dalam kerangka persetujuan baharu di COP28?
Diskusi dan analisis bersama Profesor Dr Fredolin Tangang dalam AWANI Global malam ini.
Persaingan pemilihan Presiden Indonesia 2024 semakin getir dengan 3 pasangan calon Presiden dan calon Wakil Presiden giat berkempen menjelang tarikh pemilihan pada 14 Februari 2024 akan datang.
Pelbagai kritikan mengenai pemilihan kali ini yang antara lain berlegar kepada isu politik dinasti dan tahap demokrasi yang semakin menurun. Ikuti analisis dan diskusi Dr Kunto Adi Wibowo mengenai trend dan kempen pilihan raya Indonesia 2024.
Analisis mengenai polisi dan diplomasi serta hubungan strategik Malaysia setahun di bawah Kerajaan Perpaduan. Apakah cabaran diplomasi dan dasar luar Malaysia mengimbangi kuasa besar di Timur dan Barat dalam konflik geopolitik masa kini. Diskusi AWANI Global malam ini.
Dr Oleg Barabanov from the Russian Academy of Sciences weighs in on the challenges posed by climate crises and conflicts on global food security, as he explores actionable steps countries and Malaysia can counter food shortages and price spikes while strengthening self-reliance.
From the Ukraine-Russia war to the Palestine-Israel crisis, we delve into global insights and the international community’s role in responding to global conflicts in fostering peace with Chargé d'Affaires ad interim, Embassy of Ukraine in Malaysia, Denys Mykhailiuk.
Apakah yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak Keselamatan AI yang pertama? Bagaimana Malaysia berperanan menjadi peneraju kecerdasan buatan? Diskusi dan analisis AWANI Global malam ini.
Pejabat Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang menjalankan siasatan terhadap situasi di Palestin. Terkini, badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan MyAQSA akan mengemukakan bukti kekejaman Israel di Palestin. Ikuti diskusi dan analisis memahami proses serta bidang kuasa ICC dalam usaha membawa jenayah perang rejim Zionis Israel ke muka pengadilan dalam AWANI Global malam ini.
Diskusi dan analisis serangan rejim Zionis yang bertubi-tubi mengena sasaran bukan sahaja di Semenanjung Gaza malah di Tebing Barat semenjak 7 Oktober lalu. Apakah usaha lain setelah Majlis Keselamatan PBB gagal mencapai kata sepakat setelah Amerika Syarikat memveto 2 draf resolusi gencatan kemanusian berturut-turut.
Ikuti Awani Global 9 malam ini.
Masyarakat antarabangsa sedang bangkit ‘berjuang’ bersama rakyat Palestin yang terpenjara sekian lama di Gaza. Memahami isu Palestin dari dekat dalam Awani Global 9 malam ini.
On AWANI Global, we explore the history, achievements, and shared aspirations that define a remarkable journey of friendship and collaboration between Germany and Malaysia.
Diskusi dan analisis isu Palestin dan Islamofobia di UNGA78 dalam AWANI Global 9 malam.
Analisis pertemuan Kim Jong Un dan Vladimir Putin serta harapan dunia di SidangUNGA ke-78 dalam AWANI Global 9 malam ini.
Analisis kejayaan dan limitasi di Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta dalam AWANI Global 9 malam.
Sejauhmana kepentingan komunikasi sains dan kefahaman mengenai pelepasan air sisa nuklear Fukushima dibincangkan dalam mendepani isu dan cabaran krisis iklim? Diskusi dan analisis dalam AWANI Global 9:00 malam ini.
Singapura memilih Presiden ke-9 pada 1 September. Analisis pemilihan Presiden dan makna kepresidenan yang ‘bebas’ daripada parti pemerintah serta cabaran masa depan Singapura dalam AWANI Global.
Since the 2021 coup, Myanmar has been engulfed in turmoil, marked by relentless protests, violence, and instability. Lilianne Fan from Asia Pacific Refugee Rights Network and Dr Zokhri Idris from Policy and Economic Affairs Centre of Malaysia examine the crisis, shedding light on the role of ASEAN in mitigating the dire situation and charting a path towards a more stable and just Myanmar.
Diskusi dan analisis perluasan Pakatan Euro-Atlantik dan pasca sidang NATO di Vilnius bersama Prof Dr Mizan Mohamad Aslam jam 9 malam.
As the political battle continues in Thailand to name the next Prime Minister and form a government, the recent developments have added to the uncertainty and tension. Prof Dr Kriengsak Chareonwongsak, Chairman of the Nation Building Institute unfolds the truth about Thailand’s power struggle. Watch AWANI Global 9pm tonight.
Pelapor Khas PBB melaporkan serangan Zionis di khemah pelarian Palestin Jenin, Tebing Barat adalah serangan paling ganas sejak serangan kemusnahan kem tersebut pada 2002. Tidak dinafikan serangan mengancam keselamatan dan hak asasi manusia demi peluasan petempatan Israel.
Amidst anticipation for Thailand’s new government formation, the outcome of the political landscape remains uncertain. To shed light on the implications of the poll results and what lies ahead for Thailand's political landscape, we turn to Dr. Virot Ali from Thammasat University. Catch AWANI Global, Sunday 9:00pm.
Analisis dan diskusi mengenai era baharu hubungan Malaysia-Indonesia yang digambarkan sempena lawatan balas Presiden Jokowi ke Malaysia. Sejauhmanakah komitmen kedua-dua negara bekerjasama menyelesaikan isu tertunggak dan meneroka potensi besar kedua-dua negara. Diskusi dalam Awani GLOBAL, Ahad jam 9 malam.
Diskusi dan analisis sempena 25 tahun reformasi Indonesia. Apakah cabaran baharu Indonesia dalam menuju pilihan raya dan pemilihan Presiden yang bakal berlangsung serentak pada Februari 2024. Diskusi dalam Awani GLOBAL, jam 9 malam.
Diskusi dan analisis pasca pilihan raya Thailand yang berakhir dengan kemenangan Parti Move Forward bersama Dr Chaiwat Meesanthan dalam AWANI Global.
In celebrating the 20th Anniversary of the EU in Malaysia, Nailah Huda sits with the Ambassador of the EU Delegation to Malaysia, H.E Michalis Rokas discussing the role of the EU in an increasingly multipolar world, how EU navigates its relationship with China, clarity on the European Deforestation-free Regulation(EUDR) and palm oil, and the EU’s strategy for cooperation and collaboration in the Indo-Pacific and Malaysia.
Konflik di Sudan yang bermula pada 15 April lalu berlarutan sengit di Khartoum. PBB menjangkakan lebih 800 ribu rakyat Sudan menjadi pelarian . Ikuti diskusi dan analisis mengenai situasi dan sejarah di sebalik Konflik Sudan dalam AWANI Global.
Baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah membatalkan serta-merta hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun terhadap tuan rumah Indonesia. Ia mungkin berpunca akibat pendirian tegas beberapa ahli politik Indonesia yang melarang penyertaan Israel. Sejauhmanakah realiti dasar sukan tanpa batasan politik? Diskusi dan analisis dalam AWANI Global, jam 9 malam.
Isu pertikaian Laut China Selatan telah dibangkitkan dalam pertemuan empat mata antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini. Ikuti diskusi dan analisis isu Laut China Selatan dan diplomasi kepimpinan dalam AWANI Global, jam 9 malam.
H.E Ary Norton De Murat Quintella, Ambassador of Brazil to Malaysia discuss trade and technical cooperation including the role as ASEAN’s Partner of Sectorial Dialogue on AWANI Global tonight, 9.00pm .
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.
Perjanjian Laut Lepas atau High Seas Treaty telah dipersetujui pada 4 Mac lalu merangkimi 60% lautan dunia. Ikuti diskusi bersama Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli untuk memahami undang undang laut yang berpaksi kepada konsep warisan sejagat bersama manusia.
Ikuti diskusi bersama Lilianne Fan, Pengerusi, Kumpulan Kerja Hak Pelarian Rohingya, Malaysia mengenai krisis kemanusiaan pelarian Rohingnya di Kutupalong Balukhali.
Negara Jepun kekal menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015. Bagaimanakah hubungan strategik kedua-dua negara dalam era pentadbiran baharu ini? Ikuti temuramah khas bersama TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia.
Pentas Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu ke-77 dibuka semula ketika dunia menghadapi pelbagai konflik global, geopolitik dan krisis iklim dengan tema Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait.
Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers menganalisis perhimpunan 193 negara yang bakal berkongsi pandangan mengenai cabaran dan penyelesaian bersama dalam AWANI Global, 17 September, 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com
Sejauhmanakah kefahaman dan kebimbangan warga Asia Tenggara mengenai impak perubahan iklim, dasar dan polisi pihak berkepentingan? Ikuti diskusi dan analisis kajian mengenai keprihatinan terhadap perubahan iklim di Asia Tenggara bersama Prof Madya Dr Helena Varkkey dari Jabatan Pengajian Antarabangsa & Strategik, Universiti Malaya dalam AWANI Global.
Sri Lanka sedang bergelut menstruktur semula hutang negara berjumlah RM130.08 bilion sejak tercetusnya krisis politik dan kegawatan ekonomi paling buruk tahun ini. Ikuti diskusi dan analisis mengenai krisis hutang dan ekonomi Sri Lanka bersama Dr. Ganeshan Wignaraja dari Overseas Development Institute, London dalam AWANI Global, 3 September, 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com
Ikuti diskusi dan analisis mengenai ketegangan hubungan Taiwan - China dan implikasi kepada hubungan geopolitik AS - China bersama Angeline Tan, Penyelidik Kajian Dasar dan Keselamatan Luar Negeri, ISIS Malaysia dalam AWANI Global, 27 Ogos 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com
Setahun pentadbiran Taliban, Emiriah Islam Afghanistan masih bergelut mendapatkan pengiktirafan dunia. Walaupun tahap keselamatan bertambah baik, cabaran dalam tadbir urus ekonomi dan sosial masih jauh ketinggalan. Ikuti diskusi dan analisis Abdul Hai Qanit mengenai pentadbiran Taliban setelah penubuhan Emiriah Islam Afghanistan setahun yang lalu.
Tumpuan sekali lagi terarah kepada konflik di Myanmar dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN minggu ini, meskipun dibayangi kontroversi lawatan Speaker Nancy Pelosi ke Taiwan. Ikuti analisis Dr Roy Anthony Rogers mengenai usaha ASEAN untuk menangani konflik Myanmar yang semakin meruncing.
Pada 13 Julai lalu, Indonesia mengenakan pembekuan sementara proses penghantaran pekerja ke Malaysia berikutan pelanggaran perjanjian yang disepakati kedua-dua belah pihak pada bulan April. Apakah sudah tiba masa untuk menukar sistem pengambilan pekerja asing yang melindungi kebajikan dan hak pekerja? Ikuti diskusi dan analisis isu pekerja asing yang sentiasa berhadapan dengan eksploitasi pemerdagangan dan buruh paksa bersama Adrian Pereira, Pengarah North-South Initiative
After 51 years of diplomatic relations between Poland and Malaysia, what were the most significant achievements between two countries. Saraya Mia speaks to Deputy Minister of Foreign Affairs of the Republic of Poland, Marcin Przydacz.
Krisis makanan dan bahan tenaga kesan daripada krisis geopolitik telah mengubah landskap ekonomi dunia hari ini. Ikuti diskusi dan analisis hubung kait krisis geopolitik dengan kenaikan inflasi dunia bersama Dr Mohammad Fajar Ikhsan, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, UUM dalam AWANI Global.
Apakah kepentingan dan peluang rantau ini dalam hubungan luar Australia. Ikuti diskusi dan analisis oleh Izzah Ibrahim dari ISIS Malaysia sempena siri lawatan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam AWANI Global, Sabtu 2 Julai, jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com
Beberapa siri peristiwa keganasan berunsur agama terhadap kaum minoriti di India berlangsung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan India menerima pelbagai kecaman di atas pelanggaran hak asasi manusia dari pelusuk dunia.
Terbaharu, Kerajaan India menerima kecaman hebat di peringkat antarabangsa selepas dua jurucakapnya daripada Bharajaya Janata (BJP) iaitu Nupur Sharma, dan Naveen Jindal telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dan isteri Baginda, Aisyah RA.
Mari kita memahami situasi dan melihat sejarah serta latar politik India sehingga menjurusnya keadaan yang semakin parah ini bersama Dr Azharudin Md Dali dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sains & Sains Sosial, Universiti Malaya dalam AWANI Global, Sabtu 18 Jun; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.
Ikuti diskusi dan analisis mengenai 24 tahun pasca reformasi Indonesia dan cabaran masa kini bersama Dr Suko Widodo, Pensyarah dan Pakar Komunikasi Politik, Universitas Airlangga Surabaya dalam AWANI Global, Sabtu 28 Mei, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.
Ikuti diskusi analisis pasca pilihan raya Filipina dan apakah makna kemenangan Ferdinand Marcos Jr bersama Dr Roy Anthony Rogers, Pensyarah, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Apakah kewajaran dan implikasi mengehadkan eksport komoditi utama minyak sawit oleh pengeluar terbesar minyak sawit dunia, Indonesia? Mampukah Malaysia menangani bekalan minyak sawit dunia sambil berdepan dengan cabaran tenaga buruh serta tekanan Kesatuan Eropah? Ikuti diskusi dan analisis Prof Dr Sufian Jusoh, IKMAS UKM serta usaha MPOB-UKM Endowment Chair mengenai industri sawit negara di persada antarabangsa bermula pertengahan Mei ini di London dan Bern, Switzerland.
Pelbagai kritikan mengenai pencapaian setahun Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN mengenai Myanmar yang dimeterai pada 24 April, 2021 yang lalu. Adakah konsensus ini gagal atau ASEAN memerlukan lebih banyak ruang dan masa menangani krisis di Myanmar? Adakah ASEAN perlu menukar cara dan tindakan berdepan pemimpin Junta? Ikuti diskusi dan analisis Dr Roy Anthony Rogers, Profesor Madya, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya mengenai krisis politik dan kemanusiaan di Myanmar dalam AWANI Global pada Sabtu, 30 April, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.
Adakah operasi khas ketenteraan oleh Rusia ini bakal tamat pada bulan Mei nanti? Ikuti analisis Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam mengenai situasi perang Rusia - Ukraine.
Ikuti analisis krisis politik dan peralihan kuasa di Pakistan serta apakah cabaran yang mendepani Perdana Menteri baharu Shehbaz Sharif bersama Dr Azharudin Md Dali, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Univerisiti Malaya dalam AWANI Global, Sabtu 16 April, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.
Dr Hoo Chiew Ping, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA) UKM menganalisis makna kemenangan tipis Yoon Suk-Yeol sebagai Presiden baharu Korea Selatan.
Apakah isu-isu penting Korea Selatan pasca Covid-19 dan sejauhmana politik dalaman mempengaruhi hubungan diplomatik negara jiran Korea Utara dan dasar luar Korea Selatan. Ikuti AWANI Global, Sabtu 26 Mac, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.
Poland antara negara pertama yang membuka sempadannya kepada migran dari Ukraine sejak konflik Ukraine - Rusia tercetus. Jumlah migran telah melebihi 1.3 juta selepas perang tidak sampai 2 minggu. Ikuti temubual Duta Besar Poland ke Malaysia mengenai usaha yang dilakukan Poland dalam krisis kemanusiaan terbesar di Eropah ketika ini dalam Awani Global, Ahad 13 Mac, 2022 jam 11.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com
Konflik Ukraine - Rusia mencetuskan migrasi terpantas Eropah sejak 3 abad lalu. Berdasarkan statistik UNHCR, lebih 1 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri sejak pencerohohan Rusia ke atas Ukraine. Ikuti analisis Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam mengenai situasi konflik Ukriane - Rusia dan impak jika tiada rundingan dialog.
Farhana Sheikh speaks with Brett Stephen Haan, an expert leader in 5G and broadband who shared his insights on the global 5G journey and how Malaysia can benefit from new systems and partnerships to improve its 5G experience. Watch AWANI Global this Saturday, 19th February, 2022 at 9.00am on CH501 and www.astroawani.com.
Ikuti wawancara eksklusif bersama Datuk Ahmad Azam Abd Rahman, Penasihat Khas Kementerian Luar Bagi Afghanistan dan Pengerusi Global Peace Mission Malaysia mengenai peranan Malaysia dalam situasi semasa Afghanistan, fokus diplomasi kemanusian Afghanistan dan misi bantuan ke Kabul dalam AWANI Global, Sabtu 12 Februari, 2022; jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.
With France head of the Council of European Union (EU) as of January 2022, Astro AWANI's Saraya Mia explores opportunities for strengthened bilateral ties between EU and Malaysia in an exclusive with French Ambassador to Malaysia, Roland Galharague.
Pada 17 Januari 2022 Presiden Jokowi bersetuju menamakan Nusantara sebagai Ibu Negara Kota baharu Indonesia menggantikan Jakarta dan bakal dikenali sebagai Kota Nusantara. Dr Kunto Adi Wibowo, Pengarah Eksekutif Lembaga Survei KedaiKOPI, Indonesia menganalisis pelbagai reaksi yang timbul dikalangan rakyat Indonesia mengenai pemindahan ke Kalimantan Timur.
Rampasan kuasa Tatmadaw sudah masuk tahun kedua di Myanmar.
Ketua Pemerintah Junta Tentera, Jeneral Ming Aung Hlaing berjanji darurat Myanmar akan ditarik balik pada pertengahan 2023. Ikuti analisis Dr Lina Alexandra, Penyelaras Program Inisiatif Myanmar, CSIS Indonesia mengenai situasi terkini krisis di Myanmar. Saksikan AWANI Global, Sabtu, 22 Januari, 2022 jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com.
Sejauhmanakah negara serantau belajar dan menerima iktibar mengenai beberapa halangan pada tahun 2021 serta pantas menyesuaikan pentadbiran dan pengurusan dalam pandemik? Selain kemunculan varian terbaharu Omicron, apakah cabaran baharu bagi pemulihan ekonomi dan perdagangan, kestabilan politik serantau, isu keselamatan dan impak persaingan kuasa besar ketika dunia bergerak kehadapan menuju fasa endemik Covid-19?
Ikuti analisis Herizal Hazri, Ketua Eksekutif ISIS Malaysia mengenai jangkaan, harapan dan cabaran rantau Asia Tenggara di tahun 2022 dalam AWANI Global.
Ikuti analisis Dr Khamarrul Azahari Razak mengenai trend cuaca ekstrem yang menuntut pengurusan risiko bencana berskala besar. Ia juga perlu mengambil kira peranan kerajaan tempatan dan komuniti setempat dan melihat penyaluran maklumat risiko bencana dalam komuniti boleh berlaku.
Saksikan AWANI Global bersama hos Nailah Huda Sabtu, 25 Disember jam 9.00 pagi di saluran Astro AWANI dan www.astroawani.com
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken bakal melawat Indonesia, Malaysia dan Thailand pada minggu hadapan. Ini satu lagi lawatan penting wakil pentadbiran Biden ke negara-negara ASEAN susulan daripada lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris pada Ogos lalu. Ikuti analisis Prof Dr Sufian Jusoh, Pengarah IKMAS, UKM mengenai sejauhmanakah pentadbiran Biden memandang serius hubungan A.S dengan negara-negara ASEAN. Apakah agenda dan isu penting yang bakal dibincangkan pemimpin ASEAN? Saksikan AWANI Global 11 Disember, 2021 meneroka isu-isu hubungan antarabangsa dan serantau serta kesan kepada Malaysia.
Apakah cabaran dan peluang baharu hubungan ASEAN-China melangkaui 30 tahun sebagai rakan dialog rantau ini? Ikuti diskusi dan analisis Angeline Tan, Penyelidik Penyelidik Kajian Dasar dan Keselamatan Luar Negeri, ISIS Malaysia mengenai perkongsian strategik komprehensif (CSP) ASEAN-China yang dipersetujui bersama di Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China ke-24 baru-baru ini.
Ikuti diskusi dan analisis Dr Roy Anthony Rogers mengenai kepentingan Myanmar memenuhi Konsensus Lima Perkara ASEAN seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi ASEAN Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Sidang ASEAN Ke-38 dan Ke-39 baru-baru ini.
Pada 8 Oktober yang lalu, kerajaan telah membuat keputusan untuk suatu semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 menyatakan Batu Puteh menjadi milik Singapura sementara Batuan Tengah menjadi milik Malaysia. Ikuti diskusi dan analisis Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Pensyarah Kanan Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia mengenai kepentingan garis sempadan maritim di antara Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebagai fokus menuju ke hadapan dalam AWANI Global.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Tamim Ansary, penulis tersohor berasal dari Kabul berketurunan Afghan-Amerika. Antara nukilan beliau yang terkenal adalah sebuah memoir berjudul West of Kabul, East of New York: An Afghan American Story mengenai peristiwa 9/11.
Tamim Ansary berkesempatan berkongsi mengenai sejarah, salah faham naratif dan cabaran masa hadapan Afghanistan dalam AWANI Global, Sabtu 2 Oktober 2021 jam 9.00 pagi di saluran 501 Awani dan www.astroawani.com.
Perdana Menteri Australia mengumumkan pada 16 September lalu mengenai kerjasama tiga negara iaitu AUKUS untuk diplomatik, keselamatan dan pertahanan di wilayah Indo-Pasifik bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dr K.S Balakrishnan berkongsi pandangan mengenai apakah kerjasama industri pertahanan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Prof Madya Dr Jatswan Singh, Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah (AEI), Universiti Malaya menganalisis diplomasi luar Amerika dan kepentingan lawatan Naib Presiden Kamala Harris ke rantau Asia Tenggara baru-baru ini.
Ikuti diskusi Sabtu 11 September, jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan www.astroawani.com.
Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov berkongsi visi Uzbekistan Baharu sempena hari kemerdekaan ke-30 tahun tanggal 1 September 2021. Kemerdekaan Uzbekistan memperkuatkan pembinaan Asia Tengah yang terdiri daripada negara-negara merdeka pasca Soviet sekaligus membuka peluang baharu bagi negara yang kaya dengan sejarah dan budaya serta kekayaan alam semulajadi. Ikuti diskusi mengenai Kebangkitan Ketiga Uzbekistan dalam AWANI Global, Sabtu 28 Ogos, jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan www.astroawani.com.
Hari Belia Antarabangsa 2021 menyatakan golongan belia semasa pandemik ini terpaksa menangani ketidakadilan keselamatan makanan,
kehilangan biodiversiti, ancaman terhadap persekitaran dan banyak lagi malah golongan wanita turut terjejas. Ikuti diskusi Tengku Nur Qistina, Penyelidik Kanan, Unit Dasar Sosial dan Perpaduan Nasional, ISIS Malaysia mengenai cabaran dan dasar belia masa hadapan.
Bersama Herizal Hazri, Ketua Eksekutif ISIS Malaysia membincangkan mengenai Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-34 yang memberi tumpuan kepada isu-isu strategik usaha pemulihan pandemik termasuk geopolitik di rantau Asia Pasifik.
Prof. Dr. Kamarulzaman Askandar, Koordinator Unit Penyelidikan & Pendidikan Untuk Perdamaian, USM berkongsi bagaimana peranan dan komitmen Benigno Aquino III mempelopori usaha perdamaian di Mindanao sehinggakan ia menjadi contoh utama dalam usaha untuk perdamaian di dunia.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menggesa untuk mengakhiri sekatan perdagangan AS ke atas Cuba terutamanya di tengah krisis pandemik Covid-19. Ikuti temubual eksklusif bersama Duta Besar Cuba ke Malaysia, Florentino Batista González mengenai perkembangan ini dan melihat dimensi baharu hubungan Cuba – Malaysia dalam pandemik Covid-19.
Ikuti temubual eksklusif Nailah Huda bersama Duta Besar Poland ke Malaysia, Krzysztof Dębnicki mengenai kepentingan, kepelbagaian dan peluang baharu dalam hubungan diplomatik Poland-Malaysia yang terjalin sejak 50 tahun lalu.
ASEAN masih lagi tidak menamakan wakil khasnya dalam isu Myanmar. Teka-teki ini melambatkan proses ‘Lima Kata Sepakat’ bulan April lalu. Tentera Junta mengambil kesempatan melambatkan proses rundingan dan keamanan di Myanmar. Ikuti diskusi Nailah Huda bersama Lilianne Fan dan YB Charles Santiago mengenai krisis kemanusian dan strategi ASEAN di Myanmar. Saksikan AWANI Global, Sabtu, 12 Jun, jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com.
Ikuti analisis Herizal Hazri, Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antabangsa (ISIS Malaysia) mengenai perkembangan misi ASEAN mengenai Myanmar setelah mesyuarat khas pemimpin ASEAN di Jakarta pada April lalu menghasilkan lima konsensus yang dipersetujui.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Golam Sarwar berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala Bangladesh - Malaysia yang bukan sahaja terhad kepada sektor pekerja asing tetapi kerjasama erat dalam pelbagai sektor perdagangan antara kedua-dua negara.
Selama hampir dua dekad, perang terpanjang ini mengakibatkan Amerika menghabiskan lebih kurang $ 2 trilion dolar, mengorbankan 110,000 nyawa Afghanistan, mengakibatkan kematian 3,500 anggota perkhidmatan gabungan termasuk sekitar 2,448 tentera dan anggota Amerika. Presiden Biden mengumumkan pada minggu lepas, Amerika akan mengundurkan kesemua baki tenteranya bermula 1 Mei, 2021. Menurut Biden, “Kami pergi ke Afghanistan kerana serangan mengerikan yang berlaku 20 tahun yang lalu. Alasan itu tidak dapat menjelaskan mengapa kita harus kekal di sana pada tahun 2021.”
Ikuti analisis Dr Azharudin Mohamed Dali mengenai perang A.S melawan keganasan yang bermula sejak 2001 di Afghanistan dalam AWANI Global, Sabtu, 24 April jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com.
Adakah COVID-19 memburukan lagi islamofobia di Eropah? Apakah dapatan dan cadangan daripada European Islamophobia Report edisi terkini? Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual Editor Bersama laporan, Enes Bayrakli.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Korea bermula pada 23 Februari 1960. Setelah enam dekad lamanya, jumlah dagangan kedua-dua negara merekodkan lonjakan 6370 kali iaitu melebihi RM18 billion berbanding RM2.83 juta pada 1965. Sementara itu, lebih 20 ribu rakyat Korea tinggal di Malaysia manakala 14 ribu rakyat Malaysia berada di Korea. Rizal Zulkapli menemuramah Tuan Yang Terutama Lee Chi-Beom, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia dan En Mohammad Faizal Razali, Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri sempena ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia - Republik Korea yang ke-60 tahun dan pandangan tentang pengukuhan hubungan dua hala serta kesalinghubungan antara rakyat dua negara.
Bahrain menjadi negara keempat ikut serta dalam usaha AS untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Egypt, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu. Arief Subhan menganalisis impak proses naturalisasi di Asia Barat.
Ikuti analisis Prof Dr Shakila Yacob mengenai kempen Pemilihan Presiden yang kembali sengit setelah dua parti Demokrat dan Republikan selesai mengadakan Konvensyen Kebangsaan secara maya dalam AWANI Global, 29 Ogos, jam 9.00 pagi.
AWANI Global bersama Dr Kunto Adi Wibowo, Pengarah Eksekutif Lembaga Survei KedaiKOPI, Indonesia menganalisis kemerdekaan Indonesia ke 75 tahun dan cabaran Indonesia melangkah ke 100 tahun merdeka sebagai sebuah negara maju, Sabtu, 22 Ogos jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan www.astroawani.com.
Kepimpinan global terus memperjuangkan kesihatan awam dalam pandemik COVID19 namun kemelut geopolitik menggugat kerjasama serantau untuk menangani gelombang COVID19. Ikuti analisis Dr Khor Swee Kheng dalam memahami ‘orde baru’ pasca COVID19.
Prof Dr Shakila Parween Yacob menganalisa persaingan calon Demokratik Joe Biden dan Bernie Sanders yang begitu sengit setelah Elizabeth Warren dan beberapa lagi calon menarik diri dalam perlumbaan pilihan raya 2020 yang dijadualkan pada 3 November nanti.
Selama 73 tahun rakyat Kashmir bergelumang dengan konflik yang tidak berkesudahan. Pemansuhan Artikel 370 Perlembagaan India melucutkan hak istimewa wilayah Jammu dan Kashmir berkuatkuasa 5 Ogos 2019 dan menyebabkan jutaan rakyat Kashmir ditindas. Rizal Zulkapli mendalami isu dan konflik kemanusian serta peranan Azad Kashmir dalam temubual bersama Presiden Sardar Masood Khan.
Pelan Damai Israel – Palestin yang diumumkan Trump hanyalah tawaran yang hebat buat Israel dan bukannya untuk rakyat Palestin. Muslim Imran dari Pertubuhan Kebudyaan Palestin menyifatkan ia satu helah Trump. Ikuti diskusi Rizal Zulkapli bersama Muslim Imran dan Shahrul Aman Mohd Saari tentang ruang dan suara untuk Al-Quds.
Adakah langkah Iran menyerang kemudahan pengkalan tentera Amerika Syarikat dapat menyelesaikan masalah yang semakin memuncak? Namun Iran mendapat respon yang tidak dijangka dari Presiden Donald Trump menyatakan ingin bekerjasama dalam pelbagai aspek bagi merealisasikan apa yang Iran harapkan. Rizal Zulkapli bersama Prof. Dr Kamaruzaman Yusoff, Pengajian Asia Barat Moden, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM di dalam AWANI Global.
Ikuti analisis Rizal Zulkapli bersama Dr Mohd Mizan Aslam tentang kesan kematian Abu Bakr Al-Baghdadi dan impaknya kepada rantau asia tenggara.
Nazri Kahar bersama Pengajian Asia Barat Moden, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UTM, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff merungkai kerumitan konflik sempadan Turki - Syria yang kembali menjadi fokus dunia.
TEMPO melemparkan kritikan terhadap pemerintah Indonesia sebagai peringatan menjelang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang baru bagi pengaal 2019 -2024. Mampukah aspirasi rakyat dibawa ke DPR? Ikuti temuramah Rizal Zulkapli dengan Arif Zulkifli, Pemimpin Redaksi Majalah Berita Mingguan Tempo
Susulan lawatan ke Beijing, Urumqi dan Kashgar, Rizal Zulkapli menemubual Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Ustaz Shahrin Awaludin, Ketua Pegawai Eksekutif World Assembly of Muslim Youth untuk mendapatkan pendapat berkenaan layanan China ke atas umat Islam di tiga bandar ini.
Rizal Dzulkapli bersama tetamu jemputan Prof Shakila Yacob, Pengarah Eksekutif Inpuma, UM berbincang berkenaan penutupan kerajaan yang telah diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Bahagian tiga temuramah Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam program AWANI Global.
Bahagian dua temuramah Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam program AWANI Global.
Bahagian pertama temuramah Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam program AWANI Global.
Ucapan pertama YAB Perdana Menteri Malaysia di UNGA ke-73 telah menggariskan matlamat dan rancangan dasar luar Malaysia Baharu. Ikuti temubual bahagian ketiga Rizal Zulkapli bersama Datuk Saifuddin Abdullah membincangkan ciri-ciri besar kerangka asas dasar luar Malaysia.
Ucapan pertama YAB Perdana Menteri Malaysia di UNGA ke-73 telah menggariskan matlamat dan rancangan dasar luar Malaysia Baharu. Ikuti temubual bahagian kedua Rizal Zulkapli bersama Datuk Saifuddin Abdullah membincangkan ciri-ciri besar kerangka asas dasar luar Malaysia.
Ucapan pertama YAB Perdana Menteri Malaysia di UNGA ke-73 telah menggariskan matlamat dan rancangan dasar luar Malaysia Baharu. Ikuti temubual bahagian pertama Rizal Zulkapli bersama Datuk Saifuddin Abdullah membincangkan ciri-ciri besar kerangka asas dasar luar Malaysia.
Ikuti bahagian ketiga temuramah Rizal Zulkapli bersama Pensyarah Kanan, Program Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa, UKM Dr. Hoo Chiew Ping dan Naib Ketua Eksekutif, ISIS Malaysia Datuk Steven CM Wong di dalam program AWANI Global.
Ikuti bahagian kedua temuramah Rizal Zulkapli bersama Pensyarah Kanan, Program Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa, UKM Dr. Hoo Chiew Ping dan Naib Ketua Eksekutif, ISIS Malaysia Datuk Steven CM Wong di dalam program AWANI Global.
Ikuti bahagian pertama temuramah Rizal Zulkapli bersama Pensyarah Kanan, Program Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa, UKM Dr. Hoo Chiew Ping dan Naib Ketua Eksekutif, ISIS Malaysia Dato' Steven CM Wong di dalam program AWANI Global.
Ikuti bahagian ketiga temu bual Rizal Zulkapli bersama Prof Madya Dr Farish Noor dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura bercakap tentang perspektif sejarah dalam ASEAN.
Ikuti bahagian kedua temu bual Rizal Zulkapli bersama Prof Madya Dr Farish Noor dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura bercakap tentang perspektif sejarah dalam ASEAN.
Ikuti bahagian pertama temu bual Rizal Zulkapli bersama Prof Madya Dr Farish Noor dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura bercakap tentang perspektif sejarah dalam ASEAN.
Ikuti bahagian ketiga wawancara Rizal Zulkapli bersama Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri Faizal Razali dalam program khas Awani Global.
Ikuti bahagian kedua wawancara Rizal Zulkapli bersama Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri Faizal Razali dalam program khas Awani Global.
Ikuti bahagian pertama wawancara Rizal Zulkapli bersama Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri Faizal Razali dalam program khas Awani Global.
Ikuti bahagian ketiga wawancara Rizal Zulkapli bersama Duta Besar the Netherlands ke Malaysia Karin Mossenlechner dalam program khas Awani Global.
Ikuti bahagian kedua wawancara Rizal Zulkapli bersama Duta Besar the Netherlands ke Malaysia Karin Mossenlechner dalam program khas Awani Global.
Ikuti bahagian pertama wawancara Rizal Zulkapli bersama Duta Besar the Netherlands ke Malaysia Karin Mossenlechner dalam program khas Awani Global.
Ikuti bahagian ketiga wawancara Rizal Zulkapli bersama Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Dato' Ahmad Rozian ABD Ghani dalam program khas 'AWANI Global'.
Ikuti bahagian kedua wawancara Rizal Zulkapli bersama Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Dato' Ahmad Rozian ABD Ghani dalam program khas 'AWANI Global'.
Ikuti bahagian pertama wawancara Rizal Zulkapli bersama Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Dato' Ahmad Rozian ABD Ghani dalam program khas 'AWANI Global'.
Ikuti bahagian 3 temuramah Rizal Zulkapli bersama Prof. Madya Dr Md Nasrudin Md Akhir dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa di dalam program AWANI Global.
Ikuti bahagian 2 temuramah Rizal Zulkapli bersama Prof. Madya Dr Md Nasrudin Md Akhir dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa di dalam program AWANI Global.
Ikuti bahagian 1 temuramah Rizal Zulkapli bersama Prof. Madya Dr Md Nasrudin Md Akhir dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa di dalam program AWANI Global.
AWANI Global menganalisa hubungan Malaysia- Indonesia yang menjangkau lebih 60 tahun bersama Bapak Agung Cahaya Sumirat, Koordinator Fungsi Penerangan, Sosial Budaya, Kedutaan Besar Republik Indonesia & Encik Eldeen Husaini Mohd Hashim, Setiausaha Bahagian Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri.
AWANI Global menganalisa hubungan Malaysia- Indonesia yang menjangkau lebih 60 tahun bersama Bapak Agung Cahaya Sumirat, Koordinator Fungsi Penerangan, Sosial Budaya, Kedutaan Besar Republik Indonesia & Encik Eldeen Husaini Mohd Hashim, Setiausaha Bahagian Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri.
AWANI Global menganalisa hubungan Malaysia- Indonesia yang menjangkau lebih 60 tahun bersama Bapak Agung Cahaya Sumirat, Koordinator Fungsi Penerangan, Sosial Budaya, Kedutaan Besar Republik Indonesia & Encik Eldeen Husaini Mohd Hashim, Setiausaha Bahagian Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri.
Ikuti bahagian 3 temuramah Rizal Zulkapli bersama Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia dan Zaleha Olpin, Peserta Masterchef UK musim ke-14.
Ikuti bahagian 2 temuramah Rizal Zulkapli bersama Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia dan Zaleha Olpin, Peserta Masterchef UK musim ke-14.
Ikuti bahagian 1 temuramah Rizal Zulkapli bersama Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia dan Zaleha Olpin, Peserta Masterchef UK musim ke-14.
Ikuti temubual eksklusif bahagian 3, Rizal Zulkapli bersama Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter S. Cayetano di dalam program khas 'AWANI Global'.
Ikuti temubual eksklusif bahagian 2, Rizal Zulkapli bersama Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter S. Cayetano di dalam program khas 'AWANI Global'
Ikuti temubual eksklusif bahagian 1, Rizal Zulkapli bersama Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter S. Cayetano di dalam program khas 'AWANI Global'
Ikuti wawancara bahagian 3, Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam program khas 'AWANI Global'
Ikuti wawancara bahagian 2, Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam program khas 'AWANI Global'.
Ikuti wawancara bahagian 1, Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam program khas 'AWANI Global'.