Realiti Rakyat: Recent Episodes

Astro AWANI

Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi Pandemik Covid-19.

View Details

Aplikasi Security2u membantu menginovasikan sistem pencarian pekerjaan di Malaysia terutama bidang sekuriti atau kawalan keselamatan di Malaysia.

Ia juga meningkatkan kemahiran majikan dan pengguna aplikasi dalam mengadakan kelas latihan dan perkhidmatan untuk meningkatkan peluang dan menangani pengangguran.

Untuk bercakap mengenai usaha ini bersama di talian Skype adalah Fred Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Security2u.

View Details

Sejak Mac lalu, kita saksikan banyak sektor ekonomi terutama pks lumpuh, tidak mampu meneruskan perniagaan mereka. Malah ada terpaksa gulung tikar.

Dan kali ini kita ingin bawakan, satu inisiatif dapur rakyat. Yang fokus kepada golongan wanita untuk jana pendapatan melalui perniagaan makanan.

Kita bersama Suhara Omar, Pengerusi Jawatankuasa Dapur Rakyat dan Rusmad Norhady Bin Mohamad, Ketua Pembangunan FASTREXS bagi perincinannya.

View Details

Ini realiti yang berbeza khusus bagi wanita ketika pelaksanaan PKP, dan menjadi tumpuan dalam laporan UNICEF dan UNFPA, Families on the Edge.

Pagi ini kami bersama dengan salah seorang penyelidik utama di sebalik laporan tersebut, Zouhair Rosli bagi mengupas hasil kajian tersebut.

View Details

Bersama kita Mohamad Ekram Faiz, Pengasas Kapten Batik dan Ahmad Safuan Nizam,  Pengasas Raw Denim House

View Details

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 21.8% kanak-kanak bawah umur 5 tahun terbantut. Ini menunjukkan peningkatan berbanding 2011 dengan 16.6 peratus dan 2015, 17.7 peratus.

Kajian sebelum ini juga menunjukkan masalah kanak-kanak terbantut bukan sahaja dikesan dalam kalangan keluarga miskin, malah juga dalam kalangan keluarga berpendapatan tinggi.

View Details

Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzil , Pakar Pediatrik & Ahli Panel doktorbudak.com

View Details

Filem seram 'Roh' dijangka ditayangkan di beberapa pawagam di Kemboja pada akhir tahun ini. Kami ingin membincangkan tentang cabaran ini serta apa langkah seterusnya buat industri filem bersama penerbitnya.

Bersedia bersama kami, Amir Muhammad, Pengarah Urusan dan Pengasas Kuman Pictures.

View Details

Sistem pendidikan gagal membekalkan graduan kemahiran yang padan dengan keperluan industri, kata Profesor Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid.

View Details

Bukit Fraser atau Fraser Hills yang merupakan kawasan pelancongan tanah tinggi terkenal di negara, mendapat jolokan Little England terus menjadi tumpuan pelancong. 

Dengan alam semula jadi yang begitu mengasyikkan dan nilai sejarah yang ada di sana, semestinya menjadi keistimewaan bagi pelancong untuk ke Bukit Fraser. 

Pelbagai tinggalan bangunan yang menjadi salah satu penarik ke Bukit Fraser dapat dilihat sehingga kini.

Kita bersama Nik Jassmin Hew, Pengerusi Persatuan Alam & Warisan Bukit Fraser (PAWBF) dan Ahmad Najib Ariffin, pengasas Nusantara Academy of Development, Geocultures & Ethnolinguistics (NADGE)

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pakar Pediatrik Neonatologi UIAM & Panel, Dr Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid dalam membincangkan tentang penyakit diabetes yang dialami beberapa wanita ketika sedang hamil. 

Program ini disiarkan dalam rancangan AWANI Pagi, jam 8:30 pagi. 

View Details

Walaupun bekerja di sebuah syarikat besar, namun impian untuk membantu ibunya mengembangkan perniagaan tadika dan kelas mengaji tetap menjadi keutamaan.

Walaupun berdepan cabaran dan kekangan dalam perniagaan dengan krisis COVID-19 yang muncul, usaha itu membuahkan hasil selepas Afham Kamarudin berjaya membeli sebuah kereta buat ibunya Nen Mahmud.

Bagi sesetengah orang, pemberian itu kecil, tapi bagi seorang anak muda yang mempunyai semangat dalam bidang keusahawanan itu adalah kejayaan yang sangat besar.

Tambahan pula dengan kegigihan menuntut ilmu keusahawanan bagaimana mahu memajukan sesebuah perniagaan itu agar ia kekal relevan dan berdaya saing dalam industri.

View Details

Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan.

Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro AUM, Abd Azharee Abdul Wahid dalam membincang  mengenai impak pengakhiran moratorium kepada PKS.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 jam 8:30 pagi. 

View Details

Sempena Hari Sarawak hari ini, kita bawakan dua tetamu untuk menceritakan tentang hala tuju negeri di bawah Bayu ini dan apa peranan anak muda dalam membentuk masa depan Sarawak.

Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai, diraikan sempena tarikh negeri ini memerintah sendiri pada 1963.

Tetapi dalam konteks moden hari ini, bagaimana Hari Sarawak ditafsirkan dan apa semangat atau mesej yang ingin diangkat oleh golongan belia?

View Details

Keusahawanan merupakan salah satu jalan keluar ketika kadar pengangguran semakin meningkat akibat pandemik COVID19.

Salah satu perniagaan atau keusahawanan yang mula diterokai ramai adalah produk sarang burung walit.

Sarang burung walit bersih atau dipanggil(RC EBN), sarang burung walit belum bersih (RUC EBN) dan produk tambah nilai berasaskan burung itu, merupakan satu produk yang sememangnya mendapat permintaan tinggi di China, yang mana negara kita kini adalah pengeksport kedua terbesar selepas Indonesia.

Perkembangan teknologi dan industri pada hari ni telah menggunakan sarang burung walit dalam penghasilan produk seperti kosmetik dan juga sebagai produk makanan tambahan.

View Details

Negara merekodkan kes COVID-19 yang semakin berkurang dengan semalam sebanyak 15 kes, empat import dan 11 penularan tempatan.

Kita juga menyaksikan sebanyak tiga kes kluster baharu muncul iaitu kluster restoran Kuala Lumpur, rumah kongsi sepang dan jeti Kuching.

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan memberikan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada pukul 3 petang nanti.

Dan bersama kami melalui talian Skype ialah Ketua Kampung,  Kampung Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Sarlan Yasmin.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pengasas Digital Ihsan, Aaron Ikram Mokhtar dalam membincangkan serta berkongsi tips untuk linduingi diri daripada ancaman siber. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Naib Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim dan Pemangku Presiden Persatuan E-keusahawan Maju, Jason Lim dalam membincangkan strategi terkini dalam industri pelancongan. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Sebahagian menteri Kabinet bakal berdepan cabaran pertama mereka tahun ini di 'gelanggang' perundangan negara.

Dan dikatakan persidangan kali ini adalah persidangan paling panas dalam sejarah Parlimen Malaysia, yang mana ia adalah persidangan parlimen pertama di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.

Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan tercabar ketika kerajaannya mengusulkan pengosongan jawatan Tan Sri Mohd Arif Md Yusof dan Timbalannya Nga Kor Ming.

Malah keutuhan kerajaan ini teruji ketika usul pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Dewan Rakyat yang baharu.

Untuk membicarakan mengenai jangkaan persidangan Parlimen pada hari ini adalah Dr Ummu Atiyah, Pensyarah Kanan Pengajian Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, UUM.

View Details

Bersama Prof Madya Dr Abdillah Noh, Pensyarah Jabatan Sains Politik, UIA

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini berkisar soal pelancongan domestik, produk pelancongan di Kelantan. Kebanyakkan di kelantan ada individu yg sanggup melabur dan membeli kawasan hutan utk dibuka sebagai eko pelancongan. Pelaburan dalam bidang pelancongan kawasan pensendirian. Mereka kenakan caj masuk dan bina resot dan sediakan peluang kerja untuk penduduk setempat dan perkenalkan produk kawasan berkenaan cara mereka sendiri.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pengasas Ruang Cikgu, Datin Norzihan Ahmad dalam berbincang kepentingan ilmu perniagaan dalam talian kepada peniaga kecil di seluruh negara.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Marscella Ling, seorang wakil Parlimen Digital kawasan Bintulu yang juga merupakan wakil paling muda, berusia 15 tahun dan Tharma Pillai, penganjur Parlimen Digital yang merupakan Pengasas bersama Undi 18.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini dan Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Shah Alam En Faizal Hamid.untuk bercakap mengenai bagaimana pemain industri bangkit dengan kreativiti baru dan berekspresi pasca PKP ini, salah satu trend terbaru sejak akhir-akhir adalah kita lihat ramai pereka fesyen mengeluarkan rekaan mask atau penutup muka dan hidung mereka sendiri mengikut DNA rekaan masing-masing.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Kebenaran untuk beroperasi semula turut diberikan kepada taman tema air melibatkan sekitar 54 taman tema. 

Dalam segmen Realiti Rakyat kali ini, kita ingin mendekati, bagaiaman industri ini bersedia untuk membukanya hari ini? Apakah antara sop yang perlu dipatuhi dan bagaiamana penjanaan semula aliran kewangan perusahaan atau syarikat pasca PKP ini. 

Untuk itu bersama kami di talian skype ialah Pengarah Kejurulatihan Akademi Aquaputra Malaysia, Dollah Said.

View Details

Bagaimana persiapan pihak industri, untuk menjalankan perkhidmatan ini yang melibatkan jarak dekat dan sentuhan, dan dalam masa yang sama mematuhi SOP bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

Kita bersama Pengasas Hannan Medispa, Dr Hannan Yusof bagi membincangkan perkara ini menerusi Skype.

View Details

Pelbagai usaha dijalankan kerajaan dalam memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat ketika COVID-19 ini dan usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19. 

Situasi ketika ini menuntut kita untuk bergerak ke hadapan, memanfaatkan peluang untuk menghasilkan produk berteraskan inovasi dan teknologi. 

Sebagai contoh, aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan malaysia membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri

Sejak diperkenalkan April lalu, aplikasi ini juga berfungsi untuk membantu pengguna mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19, selain mengenalpasti hospital dan klink terdekat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan. 

Itu adalah antara kelebihan dan fungsi aplikasi ini.

Namun sehingga kini, bagaiamanakah aplikasi ini dilihat membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19? Bagaimana pula sambutan dari rakyat mengenai aplikasi ini, dan apakah teknologi ini mampu memudahkan kerajaan untuk menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat?

Semua persoalan ini kita akan bincangkan bersama tetamu kita iaitu Ir Md Shah Nuri Md Zain, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) MKN.

View Details

Pelaksanaan PKP menyaksikan pelbagai idea baharu yang diusahakan untuk kelangsungan hidup. Pagi ini kami bawakan satu inovasi dalam industri pengeluaran makanan.

Muhammad Firdaus Osman, merupakan pengasas Saudagar Aquafarm, yang mengusahakan penternakan udang kara atau lobster secara komersial dan tanaman hidroponik di Alor Setar menggunakan kaedah smart farming atau penternakan pintar.

Kita ingin kongsikan idea Firdaus kepada penonton pagi ini, yang mungkin tertarik dengan perusahaan penternakan pintar, apa nasihat yang perlu anda tahu sebelum memulakan perusahaan ini, dan apa contoh cabarannya.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menceritakan tentang kejayaan usaha dan kolaborasi Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama pihak Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan bersama pihak Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru dalam menjalankan kajian penjujukan genom menemui clade virus bagi penyakit Covid-19 dari susur- galur berbeza di Malaysia. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini mengupas kelangsungan hidup golongan OKU yang turut terkesan dalam krisis ekonomi akibat kawalan penularan pandemik COVID19 bersama Ketua Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia, Silatul Rahim Dahman, dan juga pembekal kerusi roda dan peralatan hospital, Fariz Abd Rani.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini membawakan Pengasas KebunBandar.com, Izham Alias dan juga Mohd Rezal Hassim, Penyelia Kebun Komuniti MPSJ Garnet di Puchong untuk berkongsi tips serta berbincang bagaimana aktiviti berkebun boleh membantu masyarakat dalam keadaan ekonomi yang suram ketika ini.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pemilik Ninja Private Kitchen, Zung Ninja yang menawarkan pengalaman unik menikmati keindahan alam dengan dapur persendirian di tengah sawah pagi yang merupakan kawasan luar bandar di Sekinchan,  sehingga menarik perhatian ramai selebriti terkenal seperti Marion Counter dan Serina mencuba keunikannya.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed, Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia dan Ray Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Maukerja.my dalam berbincang mengenai isu pengangguran dan apakah peluang-peluang pekerjaan baharu yang boleh dijana serta bagaiamana peluang pekerjaan yang ada ini boleh dimanfaatkan oleh individu yang kehilangan pekerjaan dan graduan baharu yang dijangka ratusan ribu mengakhiri pelajaran mereka, mencari kerja. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan hampir tiga bulan sejak Mac, sistem pendidikan negara turut terkena tempiasnya, bukan sahaja pelajar, guru dan kakitangan tidak dapat ke sekolah atau kuliah.

Tetapi sistem pendidikan konvensional sebelum ini terus berubah kepada sistem pembelajaran secara maya.

Kemudian beralih kepada fasa pemulihan dalam PKPP ini, sekolah diumumkan akan mula dibuka pada 24 Jun ini sekaligus berdepan satu lagi perkara iaitu norma baharu yang mana beberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ini semua apa yang dihadapi dalam sistem pendidikan tahun ini.

Segmen Podcast Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Freida Mohd Pilus, Pengasas Cempaka Schools Malaysia untuk bercakap mengenai penerimaan pelajar pembelajaran secara maya dan norma baharu ketika PKP dan pasca PKP ini.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pensyarah Kanan (Teknologi Pendidikan) Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr. Mas Nida Md. Khambari  membincangkan mengenai persediaan sistem pendidikan dan pembukaan sekolah pada 24 Jun ini.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, (MOTAC) Pahang, Datuk Idros Yahya dan Datuk Azlie Halim / Naib Presiden Majlis Pelancongan Malaysia dalam membincangkan langkah penjaan semula industri pelancongan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan rentas negeri. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Azhar Datuk Mutassin dalam berkongsi insiatif pinjaman dengan faedah rendah dan latihan perniagaan secara atas talian yang ditawarkan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Sabah dalam usaha kerajaan negeri menyuburkan kembali eknomi. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini bersama Dato' Nelson Renganathan, Pengerusi HRDF dalam membincangkan isu kekurangan tenaga kerja diramalkan dalam industri perkhidmatan penting iaitu kesihatan, pertanian dan makanan.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin dalam membincangkan tentang impak industri penerbangan yang terjejas berikutan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini bersama Hammad Hazim Mohd Azhar, Ketua Pegawai Eksekutif The Carpedia dalam berkongsi bagaimana e-Hailing telah menjadi alternatif popular buat penganggur. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pengurus Homestay bersama Airbnb yang mengurus 22 unit, kebanyakannya di Shah Alam Selangor dan kita juga bersama Jordan Liew, Pengasas CoHost Property Management Services dalam membincangkan kesan pandemik COVID-19 terhadap perniagaan homestay dan Airbnb serta strategi bergerak ke hadapan pasca PKP.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Zainudin Kadir, CEO Persatuan Pelancongan Langkawi dan Kapten Baharin Baharom, Pengurus Sumber Manusia & Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd dalam berkongsi nasib industri pelancongan Langkawi. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Fadly Bakhtiar, Pengarah Program EcoKnights dalam menyelami kesan pelaksanaan PKP terhadap alam sekitar serta apa yang boleh dipelajari daripada situasi ini.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Adun Stulang, Andrew Chen yang berkongsi usaha membantu ibu-ibu yang bekerja di Singapura dengan menghantarkan bekalan susubeku kepada anak di Malaysia. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menambilkan Azri Abdullah dan Nurhafizah Fauzi, Pengasas Bersama A Park Events Sdn Bhd, syarikat pengurusan Majlis Keramaian dan Perkahwinan dalam membincangkan kemungkinan perniagaan ini akan terus terjejas sekiranya keadaan pandemik ketika ini berterusan. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat menampilkan Chow Shenn Kuan, Pengasas bersama KAKAK yang berkongsi tentang platform digital yang menyediakan peluang pekerjaan kepada warga pelarian yang sekaligus membantu rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan bersama Fazil Irwan Som, Pengarah Eksekutif International Strategy Institute bagi berkongsi platform pembekal makanan asas seluruh negara yang disenaraikan dalam satu direktori.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat menampilkan pemilik Gym F45, Kamal Hezry Mohd Kassim agi menceritakan cabaran sebenar yang penuh liku untuk mengharungi kelangsungan hidup dan perusahaan gymnasium ketika PKP

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Persatuan Penduduk Kampung Kubang Depu meriahkan suasana Aidilfitri bagi warga emas yang tidak dapat beraya bersama anak-anak berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pengasas PERTIWI Soup Kitchen, Datuk Munirah Abdul Hamid bagi berkongsi situasi gerak kerja kemanusiaan dalam membantu golongan yang memerlukan dan situasi bantuan ketika berada didalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan  Dr Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Kanan Pembangunan Belia Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dalam membincangkan isu pengangguran belia di Malaysia. 

Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengumumkan peningkatan unjuran kadar pengangguran kepada 4 peratus untuk tahun 2020. Jumlah penganggur pada Mac meningkat 17.1 peratus kepada 610,500 orang berbanding 521,300 orang pada bulan sama tahun lalu.

Belia berusia 15 hingga 29 tahun adalah kumpulan penting kepada pasaran buruh negara kerana merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan tenaga buruh.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Prof Madya Dr Norsida Man, Ketua Jabatan Teknologi Pertanian UPM dan Shahrizal Denci, Pengurus D&H Plantations, Kundasang dalam membincangkan cabaran sektor pertanian ketika pandemik COVID-19. 

Pada April, kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati pekerjaan dalam sektor pertanian merekodkan kehilangan pekerjaan kedua tertinggi dengan 21.9 peratus, selepas pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dengan 35.4 peratus.

Tambah lagi apabila kira-kira 56 peratus sektor pertanian juga berstatus 'tidak standard' atau non standard. Ini bermaksud, mereka tidak bekerja sepenuh masa atau tidak mempunyai kontrak pekerjaan formal, malah ramai yang bekerja sendiri.

Bagaimana untuk memastikan pengusaha dan pekerja sektor pertanian dapat menangani cabaran dan kelangsungan ketika PKP masih berkuatkuasa serta pasca PKP ini dalam Normal Baharu?

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini bersama Pakar Pediatrik, Dr Pravin a/l Sugunan @ Vasanthan dalam mengupas risiko COVID-10 terhadap kesihatan kanak-kanak.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia dan Datuk Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia & Ahli Parlimen Jerantut bagi membincangkan kelangsungan industri getah Malaysia.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM Prof Madya Dr Malina Osman, dalam berkongsi risiko dan langkah kawalan ketika menziarahi rumah saudara satu negeri. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Presiden Pengamal OSH Pahang, Abdul Mutalib Mohamed Ali yang membincangkan tentanf pengurusan pendidikan tahfiz dalam normal baharu. 

Umum kita mengetahui bahawa tahfiz menjadi satu kluster dalam COVID-19 ini, sehubungan dengan itu pengajian secara bersemuka mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam beberapa bulan. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir dan Pengurus Besar Taman Buaya Langkawi, Adam Fuaad dalam berkongsi cabaran pengusuaha sektor pelancongan di Langkawi yang mengalami kelumpuhan 100 peratus akibat PKP.

Industri pelancongan yang menyumbang 60 peratus kepada ekonomi pulau bebas cukai, Langkawi lumpuh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19.

Dengan larangan pelancong dari luar negara serta limitasi pergerakan individu, ia menyebabkan ramai pengusaha berdepan dengan situasi mencabar apabila tidak dapat menjana pendapatan. 

Apakah isu utama dan bagaimana strategi atau harapan industri pelancongan di Langkawi ini supaya mereka boleh bangkit dari 'mimpi ngeri' ini? 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi pada Isnin, 4 Mei.

Antara sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah makanan, sukan dan rekreasi, pengangkutan, pembuatan, peruncitan, minyak dan gas.

Tujuh negeri mengumumkan untuk tidak melaksanakan atau menangguhkan PKPB Kedah, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Mumtaz Nawi, ADUN Demit merangkap EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan, dalam membincangkan tentang realiti rakyat di Demit, Kelantan.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Ganu Shop dibawah pantauan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan dilaksanakan oleh 32 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN). Menggunakan data peniaga bazar Ramadan tahun lepas, penggunaan platform mudah guna.

Sejauh manakah sambutan dan keberkesanan platform dan aplikasi e-dagang ini?

Bersama Exco Usahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro, Hal Ehwal Penjaja Terengganu & ADUN Kota Putera, Besut, YB Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

View Details

Hospital UiTM Sungai Buloh bersama lebih 200 sukarelawan profesional, termasuk doktor dan jurutera, berganding bahu membangunkan prototaip Unit Saringan Massa Mudah Alih (Unit COMBAT) bagi tujuan pengambilan sampel mereka yang disyaki dijangkiti COVID-19.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Satra Nurizman yang menjalankan kerja sukarelawan ketika pelaksanaan PKP. 

Satra yang juga bekas peserta YSEALI bermula dengan seorang rakan menggunakan perbelanjaan sendiri kini berjaya menggerakkan kutipaan melalui pendanaan awam dan menyalurkan bantuan kepada lebih 400 keluarga di Sabah.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Sarlan Yasmin, Ketua kampung Kampung Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam yang mewakili penduduk kampung dalam berkongsi pengalaman menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kini dalam keadaan terkawal.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan pengusaha ladang sayur di Kundasang, Shahrizal Denci dan Tobin Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Epost dalam membincangkan masalah dan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha sayur di Kundasang, Sabah ketika PKP. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor dalam membincangkan mengenai penduduk di kawasan Pangkor setelah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Proses sanitasi bas akan dilakukan sebelum dan selepas bas berkenaan memulakan perjalanan menghantar pulang pelajar dari kampus dengan jumlah penumpang turut dikurangkan.

Jelas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, langkah itu diambil bagi mengelak penularan COVID-19 semasa tempoh membawa pulang pelajar itu.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini mengetengahkan persediaan pelajar untuk pulang ke kampung. Bagi memastikan proses pergerakan pelajar berjalan dengan lancar, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melantik ketua di beberapa zon bagi memastikan perancangan pergerakan pelajar ini dijalankan dengan teratur dan mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Prof Dato Ts. Dr Yuserrie Zainuddin dilantik sebagai Ketua Zon Pantai Timur melibatkan penyelarasan dan data pelajar UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti dari Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

View Details

SEGMEN ini menampilkan wakil Astro AWANI di Sabah, Radhi Muslim yang berkongsi masalah-masalah dihadapi rakyat dari pelbagai lapisan  di Beluran sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yang berkongsi situasi terkini yang dihadapi pemain industri dan apa harapan mereka. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Kuhan Pathy, pengasas Masala Wheels yang berkongsi usaha menyalurkan makanan kepada golongan susah ketika PKP.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Yah Mahmud, Pengusaha Keropok Lekor Lekir, Setiawan Perak yang berkongsi cabaran menjalankan perniagaan ketika PKP. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Ini perkongsian Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Pengarah Kempen Pulau Pinang Perangi COVID-19 berhubung realiti rakyat di kawasan parlimennya serta usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memastikan negeri itu kekal bebas zon merah.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat menampilkan Siti Rahayu Baharin menceritakan apa yang dilalui oleh anak-anak Buku Jalanan Chow Kit ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan serta proses bagaimana pembelajaran mereka.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan pengasas bersama The Actors Studio (Malaysia), KLPAC dan PenangPAC, Datuk Faridah Merican dan Joe Hasham menceritakan apa yang dilalui oleh anak-anak seni teater ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Fadlyis Shaqqur Hazran, guru dari Tanjung Sedili yang berkongsi pengalaman mengajar atas talian. Pada masa sama guru serba boleh ini turut bertungkus-lumus membantu nelayan memasarkan hasil mereka.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Masleha Zainuddin, pengurus Syarikat MHP Enterprise yang menceritakan cabaran menjalankan perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. 

Antara isu utama bagi Masleha adalah cabaran untuk terus membayar gaji pekerjanya walaupun jualan dari perniagaannya terkesan teruk. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pengasas Sedulurteam Nikarman Nikman, yang menjalankan kerja kemanusiaan dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Foundation Malaysia Dr Teh Su Thye yang berkongsi pengalaman ketika menyalurkan bantuan kepada komuniti Orang Asli dan menceritakan nasib mereka yang terjejas dari segi sumber pendapatan dan bekalan makanan akibat PKP. 

Antara isu perlu diberi perhatian adalah terhadap kampung yang tidak berdaftar dan terletak jauh dari pekan dan memerlukan bantuan dari semua pihak.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Murid seluruh negara kini berdepan dengan cabaran, bagaimana untuk menyesuaikan diri, mengadaptasi kepada normal baharu, iaitu kepada pembelajaran dalam talian.

Apabila hampir 40 peratus murid tidak mempunyai peranti elektronik, ini menimbulkan persoalan mengenai persediaan murid dan guru dalam menghadapi perubahan digital ini, terutamanya bagi mereka di luar bandar.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini mengupas getir hidup kumpulan busker dan bagaiamana mereka meneruskan kelangsungan hidup? Apa alternatif yang mereka lakukan?

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How yang berkongsi bagaimana pelaksanaan PKP sedikit sebanyak menjejaskan penduduk kawasan Pasir Pinji.

Antara isu yang dikupas termasuk cabaran perusahaan mikro dan PKS yang tidak dapat menjana pendapatan serta isu kehilangan pekerjaan dan kekurangan bekalan makanan.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Jolene Joan Anthony Das dari organisasi Doktor Tanpa Sempadan (MSF) yang mengetengahkan nasib pelarian etnik Rohingya di Malaysia ketika PKP.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk hak perlindungan golongan pelarian serta kebenaran supaya 'Klinik Bergerak' boleh beroperasi seperti biasa supaya rawatan dapat diberikan kepada golongan yang tidak mampu ke pusat perubatan. 

Episod ini juga telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan kisah Nurman Danial Halim, yang pernah bekerja dalam perkhidmatan kurier, namun kini kehilangan sumber pendapatan akibat penutupan syarikat sejak pelaksanaan PKP. 

Antara kebimbangan utama yang dihadapi adalah jumlah bekalan makanan yang perlu bertahan jika PKP berlarutan. 

Episod ini juga telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini membawakan kisah dan nasib pasangan penjaja yang mempunyai dua anak kecil terputus sumber mencari rezeki apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Episod ini juga telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif AIDAN Technologies, Khairul Anwar yang menyuarakan pandangan terhadap norma baharu pembelajaran dalam talian. 

Antara isu yang dikupas termasuk askes masalah tiada peranti yang dihadapi hampir 40 peratus murid-murid yang sekali gus menyebabkan akses pendidikan yang tidak sama rata. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Dr Yusof Yacob yang mewakili suara DUN Sindumin, Sabah dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Wong Seng Yeedari Pertubuhan Pengusaha Bunga-bungaan Cameron Highlands dalam berkongsi kisah cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pengusaha sayur.

Antara isu yang diketengahkan termasuk kerugian yang terpaksa ditanggung oleh petani sehingga RM12 juta sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang menyebabkan permintaan pasaran yang berkurangan.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Charles Anthony Santiago yang mewakili suara rakyat kawasan Klang dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Antara isu yang diketengahkan termasuk isu pemberhentian pekerja ketika pelaksanaan PKP serta keperluan industri untuk mengukuhkan kewangan serta bergerak secara digital. 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pengarah Urusan Tokku Lekor Sdn Bhd, Nurul Hana Nordin yang berkongsi cabaran untuk meneruskan perusahaan keropok lekor ketika PKP.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Fatimah Abdullah yang mewakili suara rakyat kawasan DUN Dalat dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Antara isu yang dikupas termasuk sektor pertanian yang merupakan penyumbang utama di Dalat Sarawak sedikit sebanyak terjejas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Jalaluddin Alias yang mewakili suara rakyat kawasan Jelebu dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Antara isu yang diketengahkan adalah masalah kos sara hidup dan bagaimana rakyat perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Isnaraissah Munirah Majilis yang mewakili suara rakyat kawasan Kota Belud dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang mewakili suara rakyat kawasan Jerantut dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

Segmen Realiti Rakyat kali ini menampilkan Maria Chin yang mewakili suara rakyat kawasan Petaling Jaya dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Antara isu yang dikupas termasuk isu penduduk miskin, pekerja asing dan pelarian yang memerlukan perhatian yang tinggi dari segi bantuan makanan.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

Segmen Realiti Rakyat kali ini menampilkan Ramli Mohd Nor yang mewakili suara rakyat kawasan Cameron Highlands dalam yang menjelaskan isu lambakan sayur dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Antara isu yang dikupas termasuk masalah pembaziran secara besar-besaran di Cameron Highlands telah ditangani dengan baik.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.

View Details

Segmen Realiti Rakyat kali ini menampilkan Nurainie Haziqah, pengasas organisasi Happy Bank yang menyalurkan bantuan khusus kepada komuniti kurang bernasib baik.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Segmen Realiti Rakyat kali ini menampilkan Sarah Sufiana Saroji, Juruterbang Helicopter Weststar Aviation Services di Kota Bahru dan Nurul Izzaty binti Azman, Juruteknik Westar Aviation Services di Miri dalam berkongsi bagaimana syarikat mengutamakan langkah keselamatan kepada pekerja di pelantar minyak di luar pesisir 

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Episod kali ini menampilkan YB Kasthuriraani Pattoyang mewakili suara rakyat kawasan Batu Kawan, Pulau Pinang dalam berkongsi keluhan dan masalah rakyat serta cadangan untuk semua pihak.

Permasalahan dan isu utama dibangkitkan semestinya terarah kepada golongan yang terkesan akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Suara golongan B40, Perusahaan Kecil Sederhanan (PKS), Perusahaan Mikro dan Perindustrian yang terkesan disuarakan Kasthuriraani Patto.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Kebanyakan PKS dan ushawan Mikro menghadapi masalah untuk menceburi perniagaan di dalam talian kerana rangkaian Internet yang lemah di beberapa kawasan terutamanya luar bandar sekaligus menyukarkan mereka mencari rezeki ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

Segmen kali ini menampilkan pengasas bersama Mompreneur Asia, Niney Chong yang mewakili inisiatif membangunkan usaha membantu pengusaha wanita beralih ke platform digital.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program Buletin AWANI, di saluran 501, jam 9:00 pagi.

View Details

Ahli Parlimen Kluang, YB Wong Shu Qi membincangkan tentang realiti rakyat di Kluang, Johor.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Ahli Parlimen Kuala Terengganu & Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim membincangkan tentang realiti rakyat di Kuala Terengganu.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

ADUN Ketari, YB Young Syefura Othman membincangkan tentang realiti rakyat di Ketari ketika menghadapi Pandemik Covid-19.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.

View Details

Ahli Parlimen Masjid Tanah & Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin membincangkan tentang realiti rakyat di Masjid Tanah ketika menghadapi Pandemik Covid-19.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.