Pengajian Kitab Umdah SAlik hari ini membicarakan tentang syarat wajib mengeluarkan zakat bagi binatang ternakan. Daripada syaratnya adalah (sawm) yaitu membiarkan binatang keluar mencari makanan di tanah yang Mubah seperti gunung ganang dan bukit bukit.
Pengajian Kitab Umdah hari ini membicarakan tentang hukum ahkam yang bersangkut paut dengan haul.
Kalau sekiranya milik bagi harta hilang dalam haul, maka tidak diwajibkan zakat dan haul yang baru bermula kalau harta yang dimilki sampai pada nisab. Begitu juga kalau seseorang hilang hartanya selepas selesai haul dan dia tidak sempat mengeluarkan zakat.
Melainkan kalau dia mampu mengeluarkannya akan tetapi dia tidak mengeluarkannya, maka tetap wajib dia keluarkan zakat walaupun duitnya hilang kesemuanya.
Pengajian Kitab Umdah hari ini membicarakan Bab zakat. Salah satu dari syarat kewajipan zakat adalah memiliki harta yang dizakati itu dengan sempurna. Penulis memberikan misal kalau seorang menyewa rumahnya dan diberikan duit sewa bagi dua tahun sebagai pendahuluan yang sampai kepada nisab, hanya diwajibkan dia mengeluarkan jumlah yang dimilikinya selepas satu tahun daripada duit sewa yang diberikan dan bukan bagi tahun yang kedua. Ini disebabkan dia hanya memilikinya dengan sempurna selepas satu tahun. Dan juga hutang tetap mewajibkan zakat kalau harta sudah sampai kepada haul.
[وجوب الصلاة]:
إنما تجب على كل مسلم بالغ عاقل طاهر، فلا قضاء على من زال عقله بجنون أو مرض، وكافر أصلي، ويقضي المرتد.
ويؤمر الصبي المميز بها لسبع، ويضرب عليها لعشر.
ومن نشأ بين المسلمين، وجحد وجوب الصلاة أو الزكاة أو الصوم أو الحج، أو تحريم الخمر أو الزنا، أو غير ذلك مما أُجْمِع على وجوبه أو تحريمه وكان معلوماً من الدين بالضرورة كفر، وقتل بكفره.
ومن ترك الصلاة تهاوناً -مع اعتقاده وجوبها- حتى خرج وقتها وضاق وقت ضرورتها، لم يكفر، بل يضرب عنقه، ويغسل ويصلى عليه، ويدفن في مقابر المسلمين. /19
ولا يعذر أحد في التأخير إلا نائماً أو ناسياً، أو من أخر لأجل الجمع في السفر.