himayah talk: Recent Episodes

himayah

Talk about transforming lives through Islamic Knowledge with Team Himayah

View Details

40 tahun dari sekarang, Bahasa Melayu mungkin perlu diajar menggunakan Bahasa Inggeris.
Sumber :  https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/mungkinkah-bahasa-melayu-diajar-dalam-bahasa-inggeris-pada-tahun/4655162.html 
Untuk episod kali ini kita bersama tetamu kita Deen dari podcast Haa tepok sg untuk berkongsi pendapat berkenaan dengan bahasa melayu bersama dengan Ust Yusuf Rahman & Mudarris Ilyas Zakaria. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Episode kali ini kita ingin mengetahui sukan yang tradisional iaitu sukan memanah. Tetamu undangan kali ini adalah Ust Fachruddin Dzaki. Beliau merupakan ahli di dalam sukan memanah serta jurulatih di dalam Traditional Archery Singapore. Bagaimana beliau  boleh minat di dalam sukan ini? sama-sama kita mendengarkan penjelasan beliau bersama Ust Yusuf & mudarris Ilyas Zakaria. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services. 

View Details

Masing-masing mempunyai hak untuk bersuara dan bebas untuk melakukan apa yang dia anuti tanpa rasa terancam. Apakah agama islam tentang perkara ini?  sama-sama kita mendengar perkongsian Ustaz Yusuf & Mudarris Ilyas Zakaria pada episod kali ini.

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Pernahkah anda di singkirkan daripada kawan-kawan anda di sebabkan oleh pandangan anda yang tidak di terima? Oleh yang demikian mereka tidak berkawan dengan anda lagi? Cancel Culture  adalah satu budaya yang tidak sihat dan wajib di jauhkan tetapi apakah itu cancel culture? Sama-sama kita mendengar perkongsian Ust Yusuf & Mudaris Ilyas Zakaria. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Selamat tahun baru 1443H dari kami dari Himayah talk. Semoga tahun ini lebih dari tahun sebelum dan semoga Anda semua dibawah rahmat Allah s.w.t ameen. Bersama Ust Yusuf & Mudarris Ilyas zakaria dalam musim yang baru dan episod yang baru. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Bulan Zulhijjah adalah bulan melaksanakan ibadah haji. Bagi mereka yang tidak melaksanakan haji boleh juga melakukan ibadah yang boleh mendapat ganjaran pahala. apakah amalan-amalan tersebut? . Sama-sama kita dengarkan perkongsian Mudarris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman pada episod kali ini. 

podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Tahun ini adalah tahun kedua Ibadah Haji tidak dapat dilaksanakan kerana wabak Covid19. Rindu dengan suasana kemeriahan apabila tiba waktu Hari Raya Korban. Episod kali ini Ust Yusuf dan Mudaris Ilyas Zakaria menemuramah Ust Lutfi yang masih berada di Tanah Suci untuk berkongsi dengan kami keadaan situasi dan perkembangan di sana pada tahun ini. 

Episod ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Episode kali ini adalah susulan daripada episod yang lalu dengan menceritakan tentang pengalaman bekas pesalah dadah oleh Ust Basir. Kali ini ditanya akan apakah beliau masih lagi merasa ketagih untuk mengambil dadah dan kembali terjebak ke dalam dunia dadah atau bagaimana?. Dalam masa yang sama, adakah dunia dadah termasuk di dalam dunia samseng?
Episod kali ini akan bersama satu lagi tetamu undangan iaitu Saudara Andyn Kadir. Beliau berkongsi pengalaman sebagai bekas samseng. Sama-sama kita mendengarkan perkongsian mereka.

Podcast kali ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Bilakah kali terakhir dimandikan oleh ayah atau ibu kita? Bilakah kali terakhir kita memarahi ibu dan ayah kita kerana tidak faham kehendak kita? Semestinya mandian terakhir untuk mereka, adalah saat kita betul-betul mengenang jasa mereka kepada kita semenjak kita kecil hingga kita dewasa.
Dengarkan episode podcast kali ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Setiap manusia pasti ada membuat kesalahan dan semestinya kita mengharapkan peluang kedua untuk membetulkan kesalahan kita yang dahulu. Hakikatnya bukan mudah. Banyak rintangan dan cabarang yang perlu dilalui. Episod podcast kali ini, Ust Yusuf dan Mudaris Ilyas Zakaria menjemput Ust Basir untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai bekas penagih dadah. 

Podcast ini adalah satu usaha kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Kajian menunjukkan bahawa 20% penduduk Singapura tidak beragama. Bagaimana kita melihat perkara ini dari segi perspektif agama Islam?sama-sama kita bersama Ust Yusuf Rahman & Mudaris Ilyas Zakaria. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services

View Details

Kita mendapati ada beberapa kejadian berlaku yang melibatkan isu perkauman. Lebih menyedihkan lagi ia melibatkan keselamatan bukan sahaja individu terjejas tetapi juga seluruh ahli keluarganya. Bagaimana ia boleh berlaku dan adakah perkara ini berlaku pada zaman Nabi? Bersama Ust Yusuf & Mudarris Ilyas Zakaria  untuk berkongsi episode kali ini. Episode ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Kita menyaksikan peningkatan jangkitan covid-19 dikalangan masyarakat. Kita semakin resah. Risau sekiranya berlarutan. Terfikir bagaimana kita meneruskan kehidupan yang boleh membuatkan kita tertekan. sama-sama kita dengar perkongsian Ust Yusuf & Saudara Mas andi di dalam episode kali ini di Podcast Himayah talk. 

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Susulan kejadian yang berlaku ada suara-suara yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Asatizah. Mereka juga berfikiran bahawa tidak menjadi masalah kalau tidak belajar agama untuk mereka serta anak-anak mereka. dalam episode  ini akan membincangkan topik yang di ketengahkan bersama Ust Yusuf & Mudarris Ilyas Zakaria.

Podcast ini adalah satu usaha kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services. 

View Details

Pastinya ramai antara kita merancang untuk mencari kerja. Merancang untuk sambung belajar ke universiti kemudian ada hasrat untuk bernikah dan akan merancang tarikh perkahwinan. Akan tetapi, pernahkah kita merancangkan untuk Mati? Syarikat mana yang akan kami tempah sekiranya kita meninggal? bill hp kita siapa nak sambung, barang-barang kita nak kasi siapa kalau kita meninggal? semua ini pastinya kita tidak pernah merancang. perlukah kita merancang? sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Ust Yusuf Rahman & Saudara Mas andi di dalam episode kali ini.

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah dan juga Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Kita digemparkan dengan Undian dengan soalan siapakah Ustazah yang boleh dirogol ramai-ramai tular di Media masa. Apakah kesah perinciannya? sama-sama kita dengarkan perkongsian Mudarris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman di Episode kali ini.

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah dan Mihwar Services. 

View Details

Cappuccino Pagi kembali selepas berehat di bulan Ramadan. Kali ini Mudaris Ilyas Zakaria bersama Dengan Ust Yusuf Rahman membincangkan hal berkenaan covid19 yang kembali meningkat di Singapura dan juga keadaan Ramadan yang lalu serta sambutan Hari Raya Puasa yang berbeza pada tahun ini. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Ramadan kali ini adalah Ramadan yang kedua di dalam keadaan dan suasana covid19. Bagaimanakah persiapan kita menjelang Ramadan nanti. Apakah yang boleh kita lakukan di bulan yang mulia Ramadan Almubarak. Episode kali ini akan dihadiri  Sdr Rajis Sharif & Sdr Zulkifli Abdullah daripada Js Advisory. 

Podcast ini adalah usaha kolaborasi Himayah dan juga Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Bulan Ramadan hampir tiba. Sebelum Ramadan adalah bulan Syaaban. Namun adakah perkara yang terdapat di dalam bulan Syaaban? Bagaimana persiapan kita menjelang Ramadan pada musim covid19 ini? Sama-sama kita mendengar perkongsian Ust Yusuf dan Muhdaris Ilyas Zakaria.

Episode podcast ini adalah satu usaha kolaborasi Himayah dan Mihwar Services. 

View Details

Kita pernah mendengar orang tua yang hidup bersendirian di rumah tanpa anak-anak kerana mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka. Dengan demikian, mereka hidup bersendirian sehinggakan boleh berlaku kemalangan yang tidak diduga. Kita tidak mahu ini semua terjadi. Kita tidak mahu ibu atau ayah meninggal keseorangan. Sama-sama kita mendengarkan perkongsian daripada Ust yusuf & Sdr Mas andi.

podcast ini adalah satu usaha kolaborasi antara Himayah & Urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Peristiwa Isra Mi`raj bukan peristiwa yang dibuat-buat tetapi adalah satu kejadian yang benar terjadi. Nabi Muhammad dibawa ke Masjid Aqsa di Baitulmaqdis daripada Mekah. Ada yang mempertikaikan kejadian ini sebagai kejadian yang tidak masuk akal. kenapa berlaku kepada Nabi Muhammad dan bagaimana ia boleh terjadi. Sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria dan Ust Yusuf Rahman. 

View Details

Musim covid ini kita manfaatkan waktu bersama keluarga beriadah, mengadakan majli makan bersama. Alangkah baiknya kita dapat masuki Syurga satu Famili bersama. Ayah, ibu dan seluruh ahli keluarga kita berkumpul beramai-ramai di dalam Syurga yang kekal abadi. Masya Allah. Sama-sama kita dengarkan perkongsian Ust Yusuf & Saudar Mas andi di dalam episod ini. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas & Himayah. 

View Details

Kita mendengar banyak kejadian pergaduhan dan pembunuhan yang ada yang berpunca daripada berbalahan mulut. Namun, bagaimanakah pandangan agama tentang perkara ini. Sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Ust Yusuf Rahman & Mudaris Ilyas Zakaria. 

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services. 

View Details

Kes jenayah makin meningkat menjelang tahun 2021 termasuk dengan kes membunuh. Ada kes membunuh anak, ada kes membunuh orang tua dan ada yang membunuh pasangan suami dan isteri. Apakah perspektif Islam tentang jenayah ini?Sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Mudaris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman pada Episode kali ini.

Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Pernahkah anda sebagai Suami mempunyai dilema manakah yang ingin di utamakan, ibu atau isteri? adakah ada istilah mana yang wajib diutamakan? atau sebenarnya tidak ada istilah siapa lebih utama? sebab ia adalah satu tanggunjawab yang perlu di jalankan secara saksama. 
Sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Ust Yusuf Rahman & Mudarris Ilyas Zakaria. 

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services. 

View Details

Bila kita mampu buat perkara-perkara tanpa pertolongan orang, kita akan rasa bangga. Timbul perasaan pula bahawa sebenarnya kita mampu membuat sesuatu tanpa pertolongan manusia mahupun Allah. Wanauzubillah min zalik. Sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh Ust yusuf Rahman & Sdr Mas Andi. 

Podcast ini adalah kerjasama antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Kita harus peka dengan apa yang kita tuntut dan juga kita pastikan jangan sampai ilmu yang kita pelajari menjadi sia-sia. sama-sama kita dengan penjelasan daripada Mudaris Ilyas Zakaria,  Ust Yusuf Rahman dan Tetamu undangan Ust Amir daripada An Noura Academy. 

Podcast ni adalah kolaborasi Himayah  & Mihwar services. 

View Details

Kita ingin melakukan yang terbaik sebelum kita berangkat ke alam yang seterusnya. kita ingin bekalkan diri kita dengan amalan-amalan yang di jamin syurga. Maka apakah amalan-amalan yang menjadikan seseorang itu ahli syurga? sama-sama kita dengar perkongsian daripada Ust Yusuf Rahman dan Sdr Mas Andi. 

Episode ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan Jenazah Al-Ikhlas. 

View Details

Kita memang dianjurkan belajar macam-macam ilmu untuk menjadikan diri kita lebih baik. Akan tetapi ilmu yang bagaimana yang seharusnya kita belajar ? Salah ke kita belajar ilmu sihir? apa itu sihir? sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Ustaz Yusuf & Mudaris Ilyas Zakaria akan topik pada episode kali ini. 

Episode ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Sebagai orang beriman, kita wajib beriman dengan berita akan berlakunya hari kiamat. 
Antara yang terjadi pada hari kiamat adalah bumi bergoncang dengan Dasyatnya. Bagaimana ia berlaku dan bagaimana reaksi manusia ketika itu? sama-sama kita mendengar perkongsian Ust Yusuf & Mas Andi di episode podcast kali ini. 

View Details

Episode podcast kali ini akan berkongsi tentang perkara yang berkaitan dengan Jin. siapa itu Jin? kenapa Jin di sebut di dalam Al-Quran? sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Mudaris Ilyas Zakaria dan Ust Yusuf Rahman. 

Episode ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

kita sering mendapat khabar berita tentang kematian, sama ada di luar negara atau di dalam negara. Orang yang tidak kita kenali atau orang yang kita kenal. Yang tidak rapat dengan kita mahupun yang rapat dengan kita seperti ahli keluarga yang tersayang. Namun, mati itu benar dan pastinya kita akan merasai mati. Persoalannya adalah bila dan apakah persiapan kita? sama-sama kita dengar perkongsian Saudara Mas Andi dan Ust Yusuf Rahman di dalam Episode podcast kali ini. 

Episode podcast ini adalah kolaborasi antara urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas & Himayah.

View Details

Tahun baru pastinya semangat yang baru akan tetapi covid19 masih kita hadapinya semenjak tahun yang lalu. Seharusnya kita mesti berdaya tahan dan juga teruskan kehidupan kita dengan niat kerana Allah s.w.t bersama Ust Yusuf dan Mudarris Ilyas Zakaria dalam musim ketiga podcast Himayah talk. 

View Details

Anda pernah mengalami sesuatu perancangan yang rapi dan tersusun tetapi akhirnya tidak menjadi seperti yang dirancang? bagaimana pula perasaan kita bila segala dirancang tidak menjadi? sama-sama kita dengarkan perkongsian Saudara Mas andi & Ust Yusuf Rahman di dalam Episode podcast yang baru di musim yang baru. 

kesempatan ini juga kami mengajak semua untuk sedekahkan surah Fateha kepada Arwah Adik Rayyan Qush Bin Mohd Iskandar .

View Details

Firaun di sebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran . Tetapi siapakah Firaun? dan adakah masih ada firaun lagi pada zaman sekarang? Sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Mudaris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman. 

podcast ini adalah kolaborasi Himayah & Mihwar Services. 

View Details

merisaukan kiamat besar, hakikatnya kita akan lalui kiamat kecil. kiamat kecil akan menghampiri setiap individu yang beriman mahupun yang tidak beriman. Apakah persiapan kita sebagai manusia yang beriman dengan Allah? sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada U.Yusuf Rahman dan Saudara Mas Andi. 

Alfateha Khusus kepada Almarhum Mohd Fadil Bin Mohd Sulaiman. Semoga Roh Almarhum diberikan nikmat kubur dan tempat yang terbaik di Syurga Allah. Ameen. 

podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah dan Urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Episod ini adalah rumusan bagi episod-episod yang membincangkan tentang Syaitan yang di rejam. Sudah kita ketahui akan bisikan dan langkah-langkah syaitan maka pilihan ditangan kita. Sama-sama kita dengarkan perkongsian Mudaris Ilyas & Ustaz Yusuf pada episod rumusan ini. 

podcast ini adalah kolaborasi Himayah & Mihwar Services. 

View Details

Tidak ada satu orang pun akan memastikan bahawa beliau akan meninggal di tempat yang beliau tahu. Ada orang lahir di negara lain dan dikembumikan di negara lain. Bagaimana akhir hayat kita juga tidak kita ketahui melainkan banyak berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita mati di dalam keadaan Husnul Khotimah.Ameen.

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Episode Kali ini akan dikongksikan 3 perkara berkaitan dengan jejak langkah Syaitan yang perlu kita ketahui. sama-sama kita dengan perkongsian daripada Ust Yusuf Rahman & Mudaris Ilyas Zakaria.

Podcast ini adalah kerjasama Himayah & Mihwar Services.

View Details

Sebagai manusia yang lemah kita ketahui bahawa kita berada di dunia yang sementara. Tiada yang lebih bahagia kecuali kembali kepada Allah dengan hati yang gembira. Lalu, bagaimana ingin gembira sekiranya di dunia kita sengsara bukan disebabkan kita miskin dan hina di sisi manusia tetapi di sisi Allah yang maha Esa. Ini kerana, pada suatu hari nanti akhirnya kita ke TANAH JUA. 

Podcast ini adalah satu usaha kolaborasi antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Bagaimana nak lindungkan diri daripada syaitan yang di rejam? ada tak kisah bagaimana Nabi atau sahabat menghindarkan diri daripada Syaitan? sama-sama kita mendengar Mudaris Ilyas dan Ust yusuf dalam episode podcast kali ini.

View Details

Apabila meninggal seseorang itu, pastinya kita akan sempurnakan urusan jenazah seseorang yang telah meninggal dunia. Tetapi bagaimana pula yang masih hidup? apakah nasib mereka? kenapa perlu bergaduh dan bermasam muka bila berbicara tentang harta si Mati? sama-sama kita mendengar perkongsian Saudara Mas Andi & Ust Yusuf Rahman pada podcast kali ini. 

View Details

Apabila Allah menciptakan Nabi Adam Alaihi Salam, makhluk yang tidak senang akan penciptaan tersebut adalah Iblis. Beliau juga berjanji untuk menghasut anak-anak adam untuk bersama beliau di neraka jahanam. Atas alasan apa iblis berjanji seperti itu? sama-sama kita dengarkan Mudaris Ilyas Zakaria & U. Yusuf Rahman berkongsi tentang topik ini. Podcast ini adalah kolaborasi diantara Himayah & Mihwar Services. 

View Details

Setiap kita pasti ada kesalahan dan kesilapan. kesilapan yang nyata ataupun tidak. Kita insaf dan tidak mengulangi kesilapan. Dari sudut agama Islam, kita tahu tatu tidak dibenarkan akan tetapi, ia bukan penghalang untuk kita bertaubat dan mendekatkan diri pada Allah s.w.t. Sama-sama kita dengar perkongsian Mas Andi dalam episode kali ini membincangkan topik jenazah yang bertatu.

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Berita tular berkenaan seorang lelaki berkahwin secara batin dengan lima wanita dan dapat berkomunikasi bersama alam Roh mendapat perhatian masyarakat Islam Singapura. Namun apakah pelajaran yang boleh diambil dari situasi ini? sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Mudaris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman pada episod kali ini. 

podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Kita ada pilihan sebelum bertindak. kita boleh buat perkara yang boleh membahayakan diri akan tetapi, kita juga boleh fikir secara rasional sebelum membuat sesuatu tindakan yang membahayakan diri. Membunuh diri bukan jalan penyelesaian bagi semua masalah. Allah maha besar dari segala masalah yang kita hadapi. kembalilah kepada Allah sekalian Alam.

podcast ini adalah kerjasama antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

Kali ini Mudaris Ilyas & Ust Yusuf Berkongsi cerita berkenaan dengan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasalam berjumpa dengan Malaikat Jibril Alaihi Salam. Apa keperluan Malaikat Jibril berjumpa Nabi muhammad s.a.w ? Sama-sama kita dengarkan perkongsian dari mereka.

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services. 

View Details

kita hanya tahu Sahabat-sahabat nabi yang bernama Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Othman dan Ali. tahukah kita akan Sahabat nabi sekecil usia 10 tahun? tahukah kita akan sahabat diarah untuk keluar negara untuk urusan agama sedangkan beliau baru sahaja berkawin? sama-sama kita dengar perkongsian Mudarris Ilyas dengan Ust Yusuf Rahman di Cappuccino pagi. 

View Details

mengatakan kubur aku, aku jawab atau kubur masing2 adalah kata-kata yang angkuh dan tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. apa yang dimaksudkan dengan tidak bersesuai? sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh Ust Yusuf & Mas Andi

podcast ini adalah kerjasama antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura al-Ikhlas. 

View Details

kita sering dengar kisah berkenaan dengan Nabi Muhammad s.a.w bersama orang-orang yang beriman denganNya. Tingkah laku baginda terhadap orang-orang yang percayai Allah s.w.t . Bagaimana pula dengan mereka yang tidak beriman? Nabi pernah berurusan dengan mereka yang non muslim? sama-sama kita dengan perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria bersama Ust Yusuf Rahman di episode podcast ini. 

podcast ini adalah kolaborasi bersama Himayah & Mihwar Service. 

View Details

Banyaknya dosa kita hanya Allah sahaja yang tahu. banyakknya kesalahan kita buat sampai terguris perasaan orang, hanya Allah sahaja yang tahu. bilakah waktu terakhir kita melakukan dosa? dan bilakah waktu terakhir kita minta pengampunan daripada Allah?

podcast ini adalah kolaborasi bersama Himayah & urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

bulan Rabiul awal menjelang tiba. tetapi apakah kaitan bulan tersebut dengan Nabi Muhammad S.A.W dan siapakah beliau? kenapa perlu kita ambil tahu tentang beliau? sama-sama dengarkan perkongsian Ustaz Yusuf A Rahman & Mudarris Ilyas Zakaria

Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar services.

View Details

Apabila kita sudah mati, maka ruh berpisah daripada jasad. Dulu kita mampu untuk melakukan semuanya sendiri, mampu berdikari tidak perlu bantuan orang. akan tetapi bila kita sudah mati, mandian terakhir kita dilakukan oleh orang lain. kemudian ke dalam liang lahat bersendirian dan menantikan soalan daripada malaikat...siapakah tuhan kamu? sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Ustaz Yusuf Rahman & Saudara Mas andi di dalam tiket ke syurga podcast himayah talk

podcast ini adalah kolaborasi antara usuran jenazah singapura Al-Ikhlas dan Himayah

View Details

Antara perkara yang menjadi penyebab anak itu tidak menghormati orang tua adalah kerana tidak ada teguran daripada ibu dan ayahnya. Adakah betul? atau ada sebab-sebab yang lain? sama-sama kita dengarkan perkongsian antara Ust Yusuf Rahman & Mudarris Ilyas Zakaria. 

podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services. 

View Details

Bila kita tidak dapat apa yang kita hendak, kita pastinya marah dan kecewa. Ini termasuk dengan ketentuan Allah yang tidak menyebelahi kita, pastinya kita akan kecewa dan marah. Sebagai seorang yang beriman dengan Allah tidak wajar kita bertindak sedemikian. bersabarlah dan bersangka baiklah dengan ketentuan ilahi. 

View Details

belajar agama jangan sampai kita menjadi sesat. mengaku diri dia Nabi sedangkan Nabi terakhir adalah Nabi muhammad s.a.w. Mengaku dapat petanda bahawa Malaikat Jibril pernah berinteraksi dengan dia dalam mimpi dan sebagainya. sama-sama kita dengar podcast ini bersama Mudaris Ilyas dan Ust Yusuf Rahman.

Podcast ini adalah kolaborasi antara himayah dan Mihwar services. 

View Details

Melepaskan seseorang untuk pergi jauh dan buat selamanya dari diri kita bukan mudah. Apa lagi yang kita sayang dan kasih. Ketahuilah, syurga itu bukan murah. Ia perlu pengorbanan zahir dan batin. Kisah yang diceritakan oleh Saudara Mas andi sangat menyayat hati. sama-sama dengarkan podcast ini. Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan Jenazah Al-Ikhlas. 

View Details

Kebiasaan kita akan cari orang untuk mendengar berkongsi masalah yang kita hadapi sama ada ibu,ayah, kawan-kawan mahupun teman. Mereka akan memberi nasihat dan pandangan yang pelbagai bersesuaian dengan soalan atau masalah yang kita ajukan kepada mereka. Akan tetapi mereka tidak berkuasa memastikan apakah masalah kita itu akan selesai ataupun tidak. Ia berbalik kepada kita serta ketentuan Allah. Lalu bilakah kita berdoa atau bercakap dengan Allah walaupun kita tidak melihatnya? sama-sama kita dengan perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman berkenaan topik podcast kali ini.

podcast ini adalah kerjasama diantara Himayah & Mihwar services. 

View Details

Ayah dan ibu. Mereka berdua yang membesarkan kita. berkorban untuk kita. memastikan kita pandai. malah mahu kita lebih pandai dari mereka. Apabila mereka sudah tiada. kita terasa seolah-oleh separuh dari diri kita hilang. Hilang kasih sayang. hilang tempat bermanja. Hilang tempat mengadu. wahai Ayah yang tidak pernah penat keluar untuk mencari rezki untuk keluarga. wahai ibu yang tidak pernah hampakan hajat-hajat kami..kamu berdualah ahli syurga yang kekal abadi. Ampunkan dosa-dosa mereka ya Allah, yang telah mengasuh kami semenjak kami kecil. amin

podcast ini adalah kerjasama antara urusan jenazah Al-Ikhlas & Himayah. 

View Details

Mereka yang lahir pada tahun 80an dan hidup pada zaman 90an pasti pernah merasai sosial media yang mashur ketika itu seperti MIRC,Friendster, msn dan Myspace. Pada zaman sekarang pula sudah berbeza. wadah sosial media sangat pesat membangun sehinggakan membeli makanan hanya dengan hujung jari sahaja. Namun ada juga yang menyalah gunakan sosial media ini dengan memuaskan nafsu hingga mengadaikan maruah diri. sama-sama dengarkan perkongsian daripada Mudarris Ilyas & Ust Yusuf A Rahman akan pendapat mereka berkenaan dengan sosial media. 

podcast ini adalah kerjasama antara Himayah & Mihwar. 

View Details

Jemputan yang tidak boleh dielakkan adalah jemputan daripada yang maha Esa. menjemput kita pulang. pulang kepadaNya.kita terpisah daripada dunia yang hanya bersifat sementara. Berpisah dengan orang yang tersayang itu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Hanya dengan linangan air mata dan kenangan yang bermain dalam fikiran serta minda. Dunia ini hanya sementara. Nombor hanyalah angka dan ajal tidak kenal siapa. tua atau muda. kecil atau dewasa.
Satu hari pasti kita berangkat ke alam seterusnya juga.

podcast ini adalah kerjasama antara Himayah dan urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

View Details

kita sedang berada di dalam situasi ekonomi yang tidak stabil sama ada ekonomi dunia, negara mahupun persendirian. Keadaan yang sangat membimbangkan sehinggakan diantara kita perlu minta pertolongan orang lain. Namun, adakah mereka dapat pertolongan tersebut? nak tolong atau tidak? adakah mereka benar-benar memerlukan?
bagaimana sekiranya kita hulurkan bantuan kepada mereka yang tidak sepatutnya diberikan bantuan? bagaimana cara yang terbaik sekiranya kita tidak mahu menghulurkan bantuan?sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria dan Ust Yusuf A Rahman. podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

View Details

Singapura terkenal dengan gelaran syurga makanan. Cakap sahaja apa sahaja juadah makanan, pasti boleh di dapatkan. Selain itu kita juga harus berhati-hati dengan apa yang kita makan sebab dengan makanan juga boleh menyebabkan kesakitan pada tubuh badan. Nabi muhammad s.a.w memakan makanan yang berhasiat dan sihat. tahukah anda selain kurma dan madu ada satu makanan yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad s.a.w? sama-sama dengarkan perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman di dalam podcast ini.

podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

View Details

sebagai penganut agama Islam, kita percaya adanya tuhan yang menciptakan segalanya. tetapi terkadang timbul rasa ragu-ragu sebenarnya ada ke tuhan ? kalau ada kenapa nasib selalunya malang? sama-sama kita mendengar episode kali ini di Cappuccino pagi bersama Ust Yusuf Rahman dan Mudarris Ilyas Zakaria.

podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

View Details

Tahun baru Hijrah 1442 membawa kita ke mana? kenapa perlu calender? kenapa perlu ada nama bulan dalam calender Islam? penting ke belajar Al-Quran? bersama Ust Yusuf dan Mudaris Ilyas Zakaria (Mihwar) dalam perbualan di  Cappuccino pagi bersama kami

podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

View Details

Episode baru di dalam himayah talk bersama Mudarris Ilyas Zakaria(Mihwar) dipanggil Cappucino pagi bersama Kami dengan topik : belajar agama online. boleh ke belajar online? solat boleh online juga tak? sama-sama kita dengarkan sembang santai mudarris bersama Ust Yusuf Rahman.
podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

View Details

Kesan pandemik covid19 terus menerus membuatkan kita berada di dalam keadaan tidak menentu. cara kehidupan juga berbeza. pertama kali tidak dapat laksanakan solat di masjid secara bebas, tidak dapat laksanakan haji seperti tahun sebelum dan ibadah korban juga tidak dapat dilakukan di Singapura pada tahun 2020 ini. namun ada cara alternatif yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang amanah. bagaimana mereka memberikan ketulusan khidmat mereka? sama-sama kita mendengar penerangan Encik Ashraf & Encik Rafee Eunos daripada syarikat Aaliyah`s Pte Ltd berkaitan dengan ibadah korban bersama dengan Ust Yusuf Rahman.

podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

View Details

Semua manusia membuat kesalahan dan orang yang berjaya adalah mereka yang insaf dan bertaubat kepada Allah. dengan demikian Allah akan rahmati beliau dan tempatkan beliau di syurga yang kekal abadi. persoalannya adalah sejuah mana pintu taubat dibuka orang seseorang itu? Ust Yusuf dan Saudara Mas andi  mendengar perkongsian Ust Basir berkenaan penghijrahan beliau untuk ke arah yang lebih baik.

Podcast himayahtalk ini dibawakan oleh www.himayah.sg

View Details

Alhamdulillah! Masjid dah bukak! tapi banyak nye benda nak kene ikut? itu tak boleh ini tak boleh? fed up!

Adakah kita perlu melahirkan reaksi seperti itu ?

sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Ust Yusuf sebagai memulakan kembali podcast himayahtalk.

podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

View Details

Ramadan talkshow kali ini membincangkan tentang malam lailatul qadar. malam seribu bulan. Ust Yusuf bersama Tuan Anwar, boss pos TKI bersama tetamu undangan Ust Zahid Zin. 

View Details

Ramadan Edition himayah talkshow. Ladies night topic : How to make this Ramadan meaningful. Host by Nur Aishah and invited speaker : Ustazah Liyana Musfirah.

Ramadan Kareem!

podcast

Ramadanedition

View Details

Ramadan 2020 hampir tiba. persiapan kita bagaimana dengan suasana yang berbeza? podcast Himayahtalk akan membawakan edisi khas sepanjang bulan ramadan kerjasama dengan Pos TKI bermula episode ini sehingga hampir akhir bulan ramadan bersama asatizah undangan.Ustaz Yusuf akan bersama Pak Anwar boss Pos TKI dalam setiap episode khas ini. semoga ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum. amin. 

View Details

Ramadan 2020 hampir tiba. persiapan kita bagaimana dengan suasana yang berbeza? podcast Himayahtalk akan membawakan edisi khas sepanjang bulan ramadan kerjasama dengan Pos TKI bermula episode ini sehingga hampir akhir bulan ramadan bersama asatizah undangan.Ustaz Yusuf akan bersama Pak Anwar boss Pos TKI dalam setiap episode khas ini. semoga ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum. amin. 

View Details

Bulan Ramadan semakin hampir, pemutus jangkitan covid19 (circuit breaker) masih lagi berterusan di Singapura ini. jumlah kes semakin meningkat. tidak ada istilah hari bahagia untuk waktu ini. tidak ada pernikahan berlaku pada ketika ini. ustaz Maaz (kawinbuzz) memberikan perkongsian akan keadaan mempelai yang ingin bernikah tetapi perlu di tangguhkan pada masa yang sesuai. sama-sama kita dengarkan episode ini.

podcast dibawakan oleh http://www.himayah.sg 

View Details

kita rasa tertekan dengan keadaan pemutus rantaian jangkitan covid19 (circuit breaker), tidak boleh keluar rumah tanpa sebab. tidak boleh berlegar di bawah kolong blok tanpa sebab tidak boleh ada keramaian di rumah dan lain-lain lagi. bagaimana pula halnya di negara lain seperti di timur tengah seperti di Mesir? bagaimana pelajar-pelajar Al-Azhar? adakah terjejas dengan pelajaran mereka? bagaimana pula masjid-masjid di sana? adakah di buka atau di tutup? temuramah ustaz Yusuf bersama seorang pelajar yang masih di Mesir berkongsikan keadaan beliau dan teman-teman pelajar di sana saat wabak covid19 ini. podcast dibawakan oleh http://www.himayah.sg

View Details

Pemutus litar (circuit breaker) sudah bermula dan akan berlangsung selama sebulan. Semua aktiviti tersekat tidak banyak perkara boleh dilakukan seperti biasa. Masjid-masjid di Singapura masih lagi tutup. Bazaar Ramadan ditiadakan dan sebagainya. ini termasuk dengan perancangan masa depan seperti pernikahan, harta dan perumahan. Irfaan Thian #ThePeopleChamp  seorang ejen hartanah yang berpengalaman, membincangkan tentang keadaan terkini sekiranya ingin membeli atau menjual rumah.
Podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

View Details

Kita sudah dengar pandangan dan pendapat mereka yang terjejas dengan keadaan covid19. Namun, bagaimana pula orang reaksi orang awam yang seakan tidak boleh terima hakikat apa yang berlaku. Siituasi sekarang ini disekat segala aktiviti termasuk melakukan ibadah di masjid, yang masih sampai Sekarang masih lagi ditutup. Boss Pos TKI Encik Anwar berkongsi gelagat orang ramai terhadap situasi covid19 ini. podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

View Details

Keadaan covid19 masih lagi menular dan belum nampak tanda-tanda keredaan. semakin hari semakin bertambah bilangan mereka yang terkena jangkitan virus covid19. Namun, kehidupan perlu diteruskan seperti biasa,pekerjaan kita, persekolahan anak-anak dan lain-lain. Ini termasuk pusat pendidikan swasta yang menyediakan khidmat bimbingan tambahan luar darjah dan juga bidang pendidikan agama. Mudarris Shahid (pemilik As-Souq Arabic Centre) berkongsi akan pengalaman beliau sebagai graduan Al-Azhar, Mesir serta bagaimana beliau dan pusat pendidikan As-Souq sedang berhadapan dengan situasi covid19.

podcast dibawakan oleh http://www.himayah.sg

View Details

Mati pasti berlaku pada diri kita dan juga orang-orang yang tersayang. Dunia yang kita diami sekarang ini adalah bersifat sementara. Akihrat jualah yang kekal abadi. Pernahkah kita terfikir, kita adalah orang yang pertama untuk melakukan segalanya untuk si mati tetapi Apakah langkah-langkahnya? apa yang harus dilakukan dahulu? Ust Yusuf Sempat berjumpa Saudara Mas Andi Syah (pengarah Syarikat Urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas) dan mendengarkan penjelasan beliau berkenaan situasi terbaru akibat Covid19 serta pengalamannya sebagai ahli pengurus jenazah yang hanya bermula dengan minat.
Podcast ini dibawahkan Oleh http://www.himayah.sg

View Details

Siapa sangka covid19 ini boleh merebak begitu dasyat sehinggakan menjejaskan semua negara-negara di dunia. Di Singapura juga tidak terkecuali malah banyak sektor yang terjejas termasuk sektor Asatizah. Pergas mengorak langkah dengan menghulurkan bantuan kepada Asatizah yang terjejas dengan covid19 ini. sama-sama kita mendengarkan penjelasan dari Yang berbahagia, Alfadhil, Ust Yusri Yubhi daripada Pergas (Persatuan Ulama dan guru-guru Agama Islam Singapura) . Bagi mereka yang ingin hulurkan bantuan sila lungsuri :
https://www.giving.sg/pergas/gracious_package

podcast ini dibawakan Oleh http://www.himayah.sg

View Details

Virus covid19 masih menular sehingga menjejaskan percutian ke luar negara. Ada yang baru sahaja dalam perancangan & ada yang sudah membuat penempahan tetapi terpaksa menangguhkan sehingga keadaan mengizinkan. Tidak terkecuali Umrah pada musim cuti sekolah. Apakah sampai ke bulan Ramadan tidak dibenarkan pergi ke tanah haram? bilakan Masjidil Haram akan menerima tetamu-tetamu Allah? episode kali ini Ust Yusuf sempat bertemuramah dengan presiden AMTAS(Association of Muslim Travel Agents Singapore), Yang berbahagia, Ustaz Tengku Mohd Fouzy bin Tengku Mahid Jumat(www.tmfouzy.sg). Sama-sama mendengarkan perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Episode ini sesuai bagi mereka yang ingin tahu perkembangan dan situasi di tanah haram. Podcast ini dibawahkan Oleh:
www.himayah.sg 

View Details

buat pertama kali masjid-masjid di Singapura tutup untuk beberapa hari akibat penularan Covid19. masyarakat memberikan pelbagai reaksi. Marah, geram dan tidak puas hati akan perkara ini. Tidak pernah terjadi sebelum ini. Sekiranya tutup, bagaimana dengan ibadah solat? bagaimana dengan solat jumaat? Siapa yang bertangungjawab semua ini? Bersama Ustaz Zahid Zin (Ceo,MYF) tetamu undangan pada episode podcast kali ini. Podcast ini dibawakan Oleh www.himayah.sg

View Details

pada 11 tahun dahulu, belajar agama mengunakan bahasa Inggeris adalah sesuatu yang sukar di dapatkan. Sekarang, belajar agama di dalam bahasa Inggeris semakin meningkat malah hampir menjadi kebiasaan. Asatizah bercakap dan menyampaikan di dalam bahasa Inggeris pula semakin dikehendaki dan semakin berkebolehan untuk menyampaikan di dalam bahasa tersebut. Kali ini Ust Yusuf A Rahman bersama Ustaz Tarmizi Wahid
(Ceo, Safinah institute), antara Asatizah yang pertama mengajar kelas agama di dalam bahasa Inggeris. Apakah penerimaan masyarakat ketika itu? apakah cabaran yang di hadapi ketika itu? podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

View Details

Betul ke kalau hantar anak ke Madrasah, anak akan jadi stress? tak ada masa depan. susah hendak dapat kerja?Bahasa Arab antara salah satu subjek yang mesti dikuasai oleh pelajar Madrasah tetapi bagaimana ingin timbulkan minat akan bahasa tersebut?  Ust Yusuf bersama Mudarris Ilyas Zakaria (co founder, Mihwar Services). Beliau berkongsi pengalaman belajar di Madrasah dan minat beliau terhadap Bahasa Arab. podcast ini sesuai untuk mereka yang masih belajar di Madrasah dan juga mereka yang ingin tahu bagaimana cara belajar di madrasah Singapura Khususnya. 

View Details

Cara nak senyap dan diamkan anak bila kita klua ke kedai makan dengan kasi gadget sama ada hp atau iPad kita, tetapi adakah itu cara yang betul dan sesuai?
En Shahib Amin, daripada https://syukran.com menceritakan bagaimana beliau membantu madrasa Alsagoff Al-arabiah membangunkan alat pembelajaran melalui digital.

podcast ini dibawakan oleh https://www.himayah.sg

View Details

Belajar ngaji pada zaman dulu perlu membawa rehal dan muqadam. pergi ke rumah tok guru gaji sambil tunggu giliran mengaji. Sekarang tok guru ngaji datang ke rumah pelajar untuk mengajar mengaji. apa pengalaman mereka pada zaman tersebut? dan apa perubahan yang berlaku pada zaman ini dalam menuntut ilmu agama? Dengarkan perkongsian Ust Yusuf Bersama tetamu jemputan, Pengetua Madrasah Alsagoff Al-Arabiah,Yang berbahagia Ustaz Syed Mustafa Alsagoff.
 ingin menyumbang kapada Madrasah Alsagoff?
klik : Launchgood.com/waqafalsagoff

podcast ini dibawakan Oleh : https://www.himayah.sg

View Details

episode ini dikongsikan langkah yang perlu dilakukan apabila mendapat berita akan kelahiran hingga persiapan menyambut bayi.
sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Ustaz Yusuf A Rahman. lungsuri lelaman https://www.himayah.sg/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan khidmat tahnik, kelas Iqra & khidmat korban & akikah. 

View Details

kat supermarket tak ada makanan abis tu nak makan apa? 
virus makin menular abis tu kita nak buat apa?bersama ustaz Yusuf A Rahman pada episode kali ini. podcast ini di bawakan oleh https://www.himayah.sg/

View Details

Apa perasan kita bila kita kene game dengan kawan kita? bagaimana kita menghadapi ujian tersebut? adakah kita perlu balas dengan kejahatan atau sebaliknya? Ustaz Yusuf A Rahman kali ini bersama Muhd Salhan pengarah syarikat  Abu Bakar Travel Services Pte Ltd. Podcast ini dibawakan oleh https://www.himayah.sg/ .

View Details

Himayah talk kali ini ingin berkongsi beberapa perkara apabila kita memasuki masjid. Adakah kita terus duduk atau macam mana? bersama hos Himayah Talk; Ustaz Yusuf A Rahman dan tetamu undangan; Imam Ulul Azmi, Imam Masjid Sultan. podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg/

View Details

Episode kali ini membincangkan tentang virus Wuhan yang telah menular ke rantau ini. Sama-sama kita ikuti podcast ini bersama ustaz Yusuf A Rahman untuk mendengar pendapat dan perkongsian daripada tetamu Himayah Talk, hj Zin; pemilik Rumah Makan Minang dan Imam Ulul Azmi, Imam Masjid Sultan.
podcast ini dibawakan oleh https://www.himayah.sg/

View Details

Episode kali ini di dalam podcast Himayah Talk menyentuh akan budaya membaca dikalangan masyarakat melayu di Kota Singa. apakah anda antara yang malas membaca buku?atau sebaliknya?
podcast ini dibawakan oleh  https://www.himayah.sg/

View Details

episode kali ini akan berkongsi tentang persiapan mendapat cahaya mata. apakah langkah yang perlu di lakukan? penting ke tahnik ni semua? sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Ustaz Yusuf A Rahman. lungsuri lelaman https://www.himayah.sg/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan khidmat tahnik, kelas Iqra & khidmat korban & akikah. 

View Details

kali ini topik perbincangan akan menyentuh tentang perubahan dulu dan sekarang akan makanan. apakah pandangan orang lama akan makanan sekarang dan apakah beza makanan dulu dan sekarang. dengarkan ustaz Yusuf temuramah orang lama akan perbezaan makanan dulu dan sekarang. 

View Details

himayah talk kali ini berkongsi tentang mengaji al-quran yang sekarang ini ramai yang ingin belajar. alhamdulillah. ingin belajar? boleh lungsuri lelaman :
https://www.himayah.sg/islamic-knowledge-classes

View Details

episode kali ini membincangkan akan topik stress. kesempatan ini juga ingin kami mengucap salam takziah kepada keluarga Almarhum Isadiman bin mansur. Semoga Arwah diberikan nikmat kubur dan berada di tempat yang terbaik di dalam Syurga Allah s.w.t Amin. 

View Details

buat julung-julung kalinya Himayah mempunyai podcast, himayah talk yang diketuai oleh Ustaz Yusuf. Mulakan hari-hari anda dengan niat yang positif ! :)