MYVICT Cast: Recent Episodes

MYVICT Team

MYVICT Cast merupakan siar audio yang khusus dalam bahasa Melayu untuk menyebarkan maklumat tentang teknologi semasa. Ia diwujudkan dengan memberi fokus kepada teknologi yang boleh digunakan oleh warga cacat penglihatan. MYVICT Cast menyentuh pelbagai perkara termasuklah penggunaan perisian komputer (Windows, MacOS, Linux, ChromeOS), aplikasi telefon pintar (Android, iOS), pembaca skrin (JAWS, NVDA, VoiceOver, Talkback, Voice Assistant), dan perkakasan seperti fon telinga, speaker, modem, dan lain-lain.

Sila layari laman web MYVICT di https://www.myvict.com dan juga boleh hubungi kami melalui emel admin@myvict.com sekiranya ada cadangan serta permasalahan yang ingin dilapurkan.

View Details

September 2019, menyaksikan Apple mengeluarkan siri iPhone terkini mereka yang mendapat perhatian dari seluruh dunia, iaitu iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max. Sistem tri kamera, kapasiti bateri yang lebih besar, pengecas 18W USB-C yang didatangkan sekali, pemproses paling berkuasa Apple A13 Bionic merupakan antara faktor yang menarik pada siri iPhohne kali ini.

Rakan-rakan oku penglihatan yang bercadang untuk mendapatkan iPhone baru, semoga MYVICTCast episod ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak maklumat berkenaan iPhone 11 Pro.

Kredit: Song: Extreme Energy (Music Today 80).

Composed & Produced by: Anwar Amr; Edited by: Tobbuk Mossiss.

View Details

Apple AirPods, produk yang menarik perhatian dunia sama ada daripada pencinta atau pembenci Apple telah diperkenalkan pada tahun 2016. Saya telah mendapat AirPods ini sebagai hadiah perkahwinan daripada tunang saya ketika itu, kini isteri saya. Gembira dan teruja, saya mahu membuat audio demo yang lengkap berkenaan AirPods. Namun, akibat masalah tertentu, saya terpaksa menangguhkan niat tersebut. Akhirnya, selepas setahun menggunakan AirPods, inilah ulasan dan pengalaman penggunaan AirPods daripada seorang OKU penglihatan.

View Details

Workflow merupakan sejenis aplikasi automasi yang telah diambil alih oleh Apple pada tahun 2017. Kini pada iOS 12, Workflow telah digantikan oleh Shortcuts. Shortcuts memiliki fungsi yang serupa dengan Workflow tetapi satu kriteria yang amat menarik adalah integrasi Siri dengan Shortcuts. Pengintegrasian ini bermaksud Siri boleh menerima satu arahan suara untuk melaksanakan beberapa tindakan yang ditetapkan pada aplikasi Shortcuts.

Siri juga akan menganalisa corak penggunaan kita, lalu, dari semasa ke semasa akan memberikan saranan Shortcuts untuk beberapa tindakan rutin kita. Setakat ini, sudah semakin banyak aplikasi yang menyokong fungsi Siri Shortcuts dalam iOS 12. Dalam MYVICT Cast episod ini, saya mendemonstrasikan apa yang boleh dilakukan dengan Siri dan Shortcuts dan cara untuk menghasilkan sebuah Shortcut. Harap MYVICT Cast kali ini akan membantu anda untuk memahami konsep Shortcuts dan pengintegrasian dengan Siri.

Bagi mereka yang memang menggunakan Workflow, sesudah naik taraf ke iOS 12, icon Workflow pada homescreen akan bertukar menjadi Shortcuts secara automatik. Akan tetapi, sekiranya tidak berlaku, anda boleh pergi ke App Store dan periksa aplikasi Shortcuts dalam senarai Updates, kemudian muat turun seperti biasa.

Sebaliknya, jika anda belum pernah menggunakan aplikasi Workflow, anda boleh memuat turun aplikasi Shortcuts di App Store.

Selamat mendengar dan jangan lupa untuk kongsikan MYVICTCast ini kepada rakan-rakan OKU penglihatan yang lain.

View Details

MYVICT Cast episod ini dihasilkan bagi membantu rakan-rakan OKU penglihatan yang mahukan gambaran lebih jelas berkenaan cara penggunaan Ribbon. Seperti pada artikel, saya menjelaskan konsep Ribbon dan menunjukkan cara untuk navigasi dalam Ribbon menggunakan pembaca skrin. Semoga dengan audio tutorial ini akan membuat anda lebih yakin untuk berhadapan dengan Ribbon, sekali gus berani untuk menaik taraf perisian Microsoft Office dan sistem operasi Windows ke versi terkini.

View Details

Sudah menjadi kelaziman bagi pengguna sistem operasi Windows untuk melakukan clean reinstall Windows atau format sekali dalam setahun atau dua tahun. Lebih-lebih lagi apabila komputer sudah menjadi lembab dan tidak selancar dulu. Selain itu, jangkitan virus juga sering membawa kepada perlunya melakukan clean reinstall/format. Bagi mereka yang tidak tahu cara format, jalan mudah adalah dengan menghantar komputer ke kedai. Mereka yang berkemahiran pula akan melakukannya sendiri tanpa masalah.

Dengan kehadiran sistem operasi Windows 10, kerja-kerja format boleh dilaksanakan dengan lebih mudah oleh sesiapa saja. Lebih-lebih lagi bagi golongan OKU penglihatan yang kadangkala memerlukan bantuan orang celik dan bergantung dengan kelengkapan tertentu. Sebelum ini, untuk format komputer, OKU penglihatan perlu menggunakan Talking Windows Pre-Environment dan kadangkala memerlukan bantuan orang celik pada bahagian boot option screen. Membuatkan seseorang OKU penglihatan tidak dapat berdikari sepenuhnya untuk melaksanakan kerja-kerja format komputer. Semua ini akan berubah dengan adanya Windows 10 yang didatangkan dengan fungsi “Reset”.

Opsyen Reset dalam Windows 10 hampir menyerupai format, bezanya, Reset dilakukan dalam sistem operasi itu sendiri. Penambahbaikan yang dilakukan pada Narrator juga telah meningkatkan tahap mesra OKU penglihatan sistem operasi terkini daripada Microsoft. Sekali gus, membolehkan OKU penglihatan memanfaatkan fungsi Reset ini sepenuhnya secara berdikari tanpa memerlukan bantuan orang celik dan kelengkapan tambahan.

Rakan-rakan OKU penglihatan yang mahu mempelajari cara Reset dalam Windows 10, sila perdengarkan MYVICT Cast episod ini. Audio tutorial ini menunjukkan langkah-langkah Reset Windows 10 daripada awal hingga akhir. MYVICT Cast ini terbahagi kepada dua bahagian, dan ini adalah bahagian pertama.

Perhatian: Sila pastikan anda menggunakan Windows 10 versi terbaru iaitu 1803 diwaktu rakaman ini dirakamkan, bagi mendapatkan pengalaman penggunaan Narrator yang terbaik.

View Details

JomPAY, adakah rakan-rakan OKU penglihatan di luar sana tahu tentang JomPAY dan cara penggunaannya? Dalam episod MYVICT Cast kali ini, saya akan berkongsi tentang JomPAY dan cara pembayaran bil menggunakan JomPAY melalui laman web Maybank2U.

Untuk mengetahui cara penggunaan JomPAY dengan perisian pembaca layar dan gambaran jelas mengenai JomPAY, sila perdengarkan episod MYVICT Cast kali ini.

View Details

iTunes sering digunakan oleh pengguna peranti iOS untuk memasukkan ringtone dan muzik ke dalam peranti iOS. Namun, ramai yang terlepas pandang satu lagi fungsi iTunes yang amat penting iaitu fungsi backup dan restore. Teknologi yang semakin pesat membolehkan pelbagai benda dilakukan secara tanpa wayar, termasuklah melakukan backup dan restore di peranti iOS dengan menggunakan iCloud. Kemudahan ini membuatkan ramai yang mengabaikan iTunes dan lebih memilih iCloud. Secara tidak langsung, ramai yang terlepas manfaat yang boleh diperolehi menerusi backup dan restore menggunakan iTunes. Lantaran itu, audio tutorial ini dihasilkan untuk menjadi panduan bagi pengguna peranti iOS khususnya golongan OKU penglihatan yang tidak jelas cara melakukan backup untuk peranti iOS menggunakan iTunes. Audio tutorial ini akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan memfokuskan pada cara melakukan backup dan bahagian kedua pula menunjukkan cara melakukan restore. Selamat mendengar dan harap tutorial ini dapat membuka mata anda untuk melihat kelebihan melakukan backup dan restore menggunakan iTunes.

View Details

Dalam bahagian kedua ini pula, kita akan memfokuskan cara untuk restore peranti iOS melalui iTunes. Seperti biasa, diharapkan perkongsian kali ini dapat dikongsikan kepada seberapa ramai OKU penglihatan yang merupakan pengguna peranti iOS. Selamat mendengar.

View Details

Perkhidmatan perbankan atas talian telah mempermudahkan pelbagai urusan kewangan seharian kita seperti membayar bil, pemindahan wang ke akaun lain dan pembelian barangan secara atas talian. CIMB merupakan salah sebuah bank yang terkenal di Malaysia dan perkhidmatan perbankan online mereka dikenali sebagai, CIMB Clicks.

Sekitar Mac tahun ini (2018), saya mendengar keluhan daripada OKU penglihatan yang merupakan pengguna CIMB Clicks sama ada dari ahli MYVICT mahupun bukan dari ahli MYVICT. Menurut mereka, CIMB Clicks sudah tidak lagi mesra OKU penglihatan. Bermakna, golongan OKU penglihatan yang merupakan pengguna CIMB Clicks tidak lagi mampu melakukan transaksi kewangan atas talian melalui CIMB Clicks. Biarpun berjaya melakukan transaksi, golongan OKU penglihatan perlu berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan permasalahan sepanjang proses transaksi berkenaan. Ada pula yang kurang mahir terpaksa meminta bantuan orang celik untuk melaksanakan transaksi kewangan mereka. Sekali gus merencatkan kemampuan OKU penglihatan untuk berdikari dalam menguruskan aktiviti kewangan online mereka. Saya telah mencuba CIMB Clicks di platform iOS dan Windows (aplikasi dan web browser), ternyata CIMB Clicks tidak lagi dapat digunakan seperti dahulu. Kita terpaksa melalui pelbagai kesukaran ketika menggunakan CIMB Clicks. Keadaan sedemikian benar-benar mengganggu produktiviti OKU penglihatan dalam aktiviti kewangan atas talian.

Akhirnya, setelah puas melaksanakan pelbagai eksperimen, saya telah berjaya menemui alternatif bagi CIMB Clicks yang boleh digunakan oleh OKU penglihatan. Walaupun aplikasi ini tidaklah mesra OKU penglihatan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita yang menggunakan pembaca skrin boleh melaksanakan transaksi atas talian dengan sendiri tanpa perlu meminta bantuan orang celik. Setakat percubaan saya, saya berjaya memindahkan wang daripada akaun CIMB saya ke akaun CIMB isteri saya dan ke akaun Maybank saya. Semuanya dilaksanakan tanpa bantuan orang celik. Transaksi tambah nilai prepaid, pembayaran bil melalui JomPAY dan pembayaran loan dan kredit kad juga telah saya cuba. Namun, saya hanya mencuba transaksi berkenaan sehinga ke proses memasukkan nombor TAC. Sekali lagi, semua itu saya lakukan tanpa bantuan orang celik. Untuk mengetahui alternatif yang saya maksudkan, sila perdengarkan MYVICT Cast episod kali ini.

P/S: Kredit kepada isteri saya kerana memberikan cadangan untuk perkhidmatan tersebut.

View Details

Selaku OKU penglihatan, majoriti daripada kita amat menggemari bidang audio. Namun begitu, apabila bercakap mengenai audio editing, mungkin tidak semua yang tahu untuk melakukannya. Dalam platform Android, iOS dan Windows terdapat banyak perisian untuk tujuan audio editing tetapi kali ini saya akan memfokuskan pada salah satu perisian yang terkenal dalam bidang audio iaitu, GoldWave. Dalam episod MYVICT Cast kali ini, saya akan menerangkan beberapa konsep asas dalam GoldWave, menunjukkan antara shortcut keys yang sering digunakan dan menunjukkan beberapa konfigurasi yang harus dilakukan untuk GoldWave. Bagi pengguna pembaca skrin Jaws dan NVDA, anda boleh memuat turun Jaws scripts dan NVDA Add-Ons untuk GoldWave bagi menambah kebolehgunaan GoldWave dengan perisian pembaca skrin anda.

Kredit muzik: Game of Thrones Opening Theme.

View Details

Kami di MYVICT yakin pasti ramai peminat Apple yang ternanti-nanti produk terbaru daripada Apple iaitu iPhone X/10. Penggunaan Face ID, skrin OLED paparan penuh, ketiadaan butang “Home”, semua ini antara faktor penarik bagi iPhone X. Kita selaku OKU penglihatan juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui dan merasai perubahan besar pada iPhone generasi terbaru ini. Antara persoalan yang kerap ditanyakan berkenaan iPhone X oleh OKU penglihatan, “Bagaimana untuk aktifkan Voiceover kalau butang Home sudah tiada? Macam mana orang cacat penglihatan mahu manfaatkan fungsi Face ID?” Untuk menjawab semua persoalan yang bersarang di minda, sila ikuti ulasan di bawah oleh Doctor Gadget.

View Details

Kemaskini iOS daripada Apple boleh dimuat turun menerusi dua kaedah iaitu Over the Air (OTA) dan iTunes. Lazimnya, kebanyakan pengguna akan menggunakan kaedah OTA kerana lebih mudah. Sedangkan, kemaskini melalui iTunes mempunyai kelebihan tertentu berbanding kaedah OTA yang tidak akan dibincangkan di dalam MYVICT Cast kali ini (kemungkinan satu MYVICT Cast akan dibuat untuk topik OTA dan iTunes). Bagi pengguna OKU penglihatan pula, salah satu lagi faktor utama mereka memilih kaedah OTA adalah disebabkan oleh perisian iTunes itu sendiri. Keluhan yang kami sering dengar tentang iTunes di platform Windows mengatakan bahawa iTunes kurang mesra pengguna dengan perisian pembaca skrin. Tidak kisah pengguna Jaws atau NVDA, kedua-dua meluahkan permasalahan yang serupa. Mereka mengatakan antaramuka iTunes sukar difahami dan sukar untuk navigate. Justeru itu, kami menghasilkan audio tutorial kali ini dengan harapan dapat membantu mereka yang menghadapi kesukaran melakukan update iOS dengan iTunes. Selamat mendengar dan semoga bermanfaat.

P/S: Mohon maaf atas gangguan bunyi dalam rakaman.

Kredit Muzik: The Rains of Castamere daripada Game of Thrones.

View Details

Rakan-rakan OKU penglihatan yang mahu mempelajari cara Reset dalam Windows 10, sila perdengarkan episod MYVICT Cast kali ini. Audio tutorial di bawah menunjukkan langkah-langkah Reset Windows 10 daripada awal hingga akhir.

MYVICTCast ini terbahagi kepada dua bahagian, dan ini adalah bahagian kedua.

Perhatian: Sila pastikan anda menggunakan Windows 10 versi terbaru iaitu 1803 diwaktu rakaman ini dirakamkan, bagi mendapatkan pengalaman penggunaan Narrator yang terbaik.

View Details

Windows 10, kami pasti ramai yang sudah mendengar tentang sistem operasi terkini daripada Microsoft ini. Semua pengguna Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 boleh naik taraf ke Windows 10 secara percuma sejak 29 Julai 2015 sehinggalah penghujung Julai tahun ini. Kami yakin masih ada yang belum menaik taraf sistem operasi sedia ada ke Windows 10 dan tidak tahu caranya untuk menaik taraf ke Windows 10. MYVICT Cast kali ini akan menjelaskan dan menunjukkan anda cara-cara untuk naik taraf ke Windows 10 dengan menggunakan dua kaedah iaitu menggunakan fail ISO Windows 10 dan menggunakan Microsoft Media Creation Tool. MYVICT Cast kali ini dibahagi kepada tiga bahagian. Dalam bahagian pertama ini kita akan membuat persiapan dan menyediakan perkara-perkara yang perlu sebelum memulakan proses naik taraf ke Windows 10.

View Details

Setelah kita selesai dengan segala persiapan dalam bahagian pertama, sekarang kita akan mulakan proses naik taraf dengan kaedah yang pertama dalam MYVICT Cast episod kali ini..

View Details

Adakah anda telah mendengar bahagian pertama serta bahagian kedua dan dapat mengikutinya? Bahagian ketiga ini merupakan salah satu lagi kaedah anda boleh naik taraf ke Windows 10. Selamat mendengar dan semoga anda akan lebih yakin untuk melakukan kerja-kerja naik taraf ke Windows 10 di komputer anda.

View Details

Episod MYVICT Cast kali ini kita akan lihat bagaimana kita boleh memindahkan contacts dari Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian ke iPhone. Kami yakin masih ada ramai pengguna iPhone tertanya-tanya bagaimana untuk memindahkan ratusan contacts dari telefon Nokia lama yang sangat popular suatu masa dahulu ke telefon pintar iPhone dengan mudah. Diharapkan  MYVICT Cast ini dapat membantu menyelesaikan masalah berkenaan.