Ummul Barahin Imam Sanusi: Recent Episodes

Ustaz Anwar Hussain

View Details

Pengajian Kitab Ummul Barahin pada hari ini membicarakan tentang dalil bagi Qiyamuhu binafsihi yaitu Allah tidak memerlukan sesautu baginya untuk berada padanya dan tidak memerlukan kepada mukhassis yang menentukan kewujudannya.

Kalau sekiranya Allah memerlukan pada sesuatu untuk dia berada padanya, maka dia adalah sifat dan sifat tidak boleh berada pada sifat yang lain. Ini akan membawa kepada natijah dia tidak mempunyai sifat maani dan itu adalah mustahil.

Kalau Allah memerlukan kepada Mukhassis, maka dia adalah hadith dan ini adalah mustahil bagi Allah.

View Details

Pengajian Kitab Ummul Barahin pada episode ini membicarakan Dalil bagi Al Baqa dan Mukhalafatuhu lil hawadith.

Kaedah- Sesuatu yang wujudnya bersifat wajib tidak boleh menerima ketadaan. kalau ia menerima ketiadan, maka ternyata ia bukan Qadim.

Maka Allah tidak mempunyai atau tidak sama dengan hawadith, kalau Allah ada sifat hawadith padanya, maka dia adalah hadith. Ini disebabkan sesuatu yang wujudnya wajib tidak boleh bersifat hadith dalam masa yang sama. Ia membawa kepada menyamakan antara dua perkara yang bercanggah. Dan itu adalah mustahil.